[VIDEO] Neelofa Kongsi Doa & Amalan PU Riz – “Tangan Selalu Lenguh Ketika Solat Jemaah & Berdoa Sebab Dia…”

Pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa tampil mendedahkan doa-doa yang diamalkan oleh suami tercintanya, PU Riz.

Ia ekoran sebuah persoalan yang disoal menerusi sebuah siaran langsung berhubung amalan doa yang menjadi pegangan suaminya sehingga kini.

“Doa ni saya ikut saya mana yang sudah dihimpunkan oleh ulama-ulama. Contohnya doa Ashbahna Ala Fitratil Islam sampailah doa perlindungan dari jin dan syaitan di bahagian akhir,” jelas PU Riz.

Dalam masa yang sama, Neelofa turut berkongsi momen ketika solat berjemaah dengan suaminya itu.

“Saya nak kongsi kalau solat berjemaah dia punya doa ni akan buat kita sampai lenguh tangan.

“Kalau zikir pagi atau petang dia akan baca satu buku Al Ma’thurat, tapi tanpa buku lah dia dah hafal.

“Pada awalnya saya tak biasa tapi lama-lama saya belajar bahawa pentingnya kita untuk ambil tahu dan hafal doa Al-Quran serta hadis.

Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Artikel Berkaitan: Belajar Bahasa Baru, Neelofa Mahu Bilal Fasih Tiga Bahasa – “Saya Sudah Mula Dedahkan…”

“Tapi sebenarnya bila kita ada ilmu daripada hadis dan juga Al-Quran kita akan rasa lebih secure dan yakin.

“Kalau saya ada masalah saya akan perbanyakkan doa yang boleh permudahkan urusan. Contohnya kita ada masalah dari segi kewangan ataupun berkaitan dengan rezeki perniagaan ada satu doa yang saya amalkan iaitu Fathikat Amal disebut oleh Sayyidina Ali,” ulas Neelofa.

Aqilah Paharuzi