[VIDEO] Netizen Dakwa Nampak Baby Bump, Ini Respons Isteri Haqiem Rusli

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dirinya hamil.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Sofea menggayakan busana berwarna hitam sambil memperagakan pakaian tersebut.

“Saja nak tunjuk outfit kita,” tulisnya di kapsyen.

@anissofeazsajerr nak tunjuk outfit itee

♬ All the baddies using this sound – 🤍

Meninjau diruangan komen, terdapat netizen yang melihat perutnya berisi seperti sedang mengandung.

“Omg dah ada babybump,” komen netizen.

Kemudian, Sofea membalas bahawa dia tidak mengandung hanya perut yang buncit.

“Naurrr (Tidak) Baby Buncit ada lah,” balasnya.

Maya Basir