Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Aqilah Paharuzi December 20, 2022 @ 6:29pm

[VIDEO] Netizen Dakwa Neelofa Pregnant Lagi? – “Dress Ikat Belakang, Cara Duduk Nak Bagi Air Pun…”

Tiada angin tiada ribut, pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Video latar belakang memaparkan gelagat Neelofa bersama suami tercintanya, PU Riz sedang melakukan penggambaran menarik tumpuan yang tertumpu pada penampilan dan bentuk badan Neelofa dikatakan berisi.

Berdasarkan video tersebut, Neelofa memakai baju dress yang diikat belakang seakan menimbulkan 1001 persoalan ramai yang mendakwa selebriti ini hamil anak kedua.

Dakwaan mereka lebih mengukuhkan apabila saat Neelofa tampak sedikit sukar untuk duduk mahu memberi air kepada suaminya itu.

“Biasa kalau ikat dress belakang tu ada baby,” kata netizen.

“Nampak sangat-sangat Neelofa mengandung, tengok cara duduk pun boleh agak dah…” tulis netizen lain.

“Kalau tengok dari tepi bahagian pinggang dia macam ada isi.. Allahualam,” ujar netizen lain.

Rata-rata netizen memberi pendapat sama yang mendakwa selebriti kegemaran mereka ini hamil anak kedua dari segi penampilan dan pergerakannya itu.

Sebelum ini, Neelofa pernah didakwa hamil anak kedua selepas tular foto berkerusi roda saat tiba di Brunei baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada respons daripada pihak Neelofa atau PU Riz berhubung berita kehamilannya itu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 331,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 18 Jun 2022

Elisya Sandha Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Beri Nama Bunga El Haq

Tahniah buat Elisya dan Uzair ❀ Wah, mesti sis Sheila Rusly & Tok Sidang happy dah naik pangkat jadi Nana & Dada 😍 Apapun selamat berpantang buat Elisya Sandha đŸ„°

Featured Wed, 20 Oct 2021

“Ramai Panggil Saya C*laka, Bab*…” – Didakwa Buka Aib Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf atas kesalahannya terlepas kata mengenai isu melibatkan pengalaman berlakon bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Menurut Fauzi, laman sosialnya menjadi sasaran netizen yang mendakwanya membuka aib Raja Farah. […]

Featured Fri, 28 Apr 2023
Trending Tue, 29 Jun 2021
Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Drama Mon, 19 Dec 2022
Hiburan Thu, 1 Jun 2023

Bawa Watak ‘Penyondol’, Puteri Sarah Tidak Kisah Dikecam Warganet

Uish kena tengok ni feel ke tak Puteri sarah berlakon jadi penyondol

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
error: Content is protected !!