[VIDEO] Netizen Kesian Fatin Afeefa Terpaksa Layan Suami ‘Dominant’ & ‘Alpha’, Ini Respons Padu Empunya Badan

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon, Fatin Afeefa berada di sebuah stesen minyak.

Dek perkongsian tersebut, rata-rata menyifatkan suaminya, Aliff Awang itu sebagai seorang lelaki yang ‘dominant’, lebih-lebih lagi selepas tular pengakuan beraninya yang mengelarkan dirinya ‘Alpha’.

Artikel Berkaitan: “Jangan Keliru Antara Alpha Dengan Kurang Ajar” – Nazrudin Rahman Beri Teguran Pedas Kepada ‘Wannabe Alphas’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Teruk Dikecam Sehingga Dilabel Narsisistik, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pilih Dia…”

Susulan itu, di ruangan komen aktres filem Tentang Bulan itu tampil membidas segelintir pihak yang mengkritiknya dalam nada sinis.

“Lepas kahwin dilarang keluar kereta. Mengikut ajaran sesat. Pergi beli air pun tak boleh. Tap card dekat machine pun cannot. Semua cannot,” tulisnya.

Di samping itu, berdasarkan sebuah video di TikTok miliknya, Fatin turut membidas komen netizen yang mendakwa dirinya takut untuk berdepan suaminya gara-gara mengaku lelaki Alpha.

“Kesiannya Fa. Sis dah 10 tahun kahwin tak pernah turun isi minyak. Jangan bagi muka sangat.. Sebab Alpha la tu yang Fa takut,” tulis netizen tersebut.

Tidak berdiam diri, ibu anak dua itu seakan tidak kisah sekiranya perlu melayan suami dengan penuh manja.

“Tak apa sayang… Biarlah suamimu dimanja oleh wanita seperti saya. #JandaKeDepan,” jawabnya.

 

Aqilah Paharuzi