Gembira Atas Perkahwinan Nad Zainal, Bekas Isteri Chot Sempat Selit ‘Nasihat’ Padu Kepada…

Umum sedia tahu mengenai berita perkahwinan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail yang telah selamat bernikah pada 23 Januari lalu.

Sehubungan itu, ramai rakan selebriti dan juga warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan sejoli itu.

Tidak ketinggalan, bekas isteri kepada pelawak Chot dilihat turut menzahirkan ucapan tahniah menerusi hantaran di Instagram Storiesnya baru-baru ini.

Menerusi hantarannya, Siti Zafirul Azzah atau mesra dipanggil Jaja sempat menitipkan pesanan makanan dalam kepada umum.

“Tahniah Nad Zainal. Gembira tengok kebahagiaan orang… janji jangan ambik hak orang.

“InshaAllah, Allah nak bagi yang lagi baik untuk Jaja & Ayash,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Jaja mendedahkan bahawa ikatan perkahwinannya terlerai akibat daripada gangguan orang ketiga.

Malah, bekas suaminya itu kini telah sah berkahwin dengan wanita bernama Zurina Badron yang merupakan kakak kepada penyanyi, Syura Badron.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Dedah Bercerai Angkara Orang Ketiga, Chot Raja Lawak Baru Kahwini Janda Anak 3?

Namun begitu, hantaran tersebut dilihat telah dipadam oleh Jaja selepas beberapa jam.

Kredit foto: murai

Atiqah Johari