[VIDEO] Netizen Kritik Amelia Christie Kerap Teman Sharnaaz Ahmad Di Tour Polis Evo 3, Peminat Tampil Pertahankan – “Apa Pasal Eh Pakat Sakit Hati Tengok…”

Kekasih pelakon popular, Sharnaaz Ahmad iaitu Amelia Christie mencuri perhatian ramai di media sosial ekoran sebuah video tular memaparkan bintang filem terkenal Polis Evo 3 itu berada di sebuah pusat membeli-belah Johor Bahru bagi mempromosikan naskhah tersebut.

Dalam video itu, rata-rata netizen tertumpu kepada tindakan Amelia yang berjalan paling hadapan sehingga ada warganet mendakwa seolah-olah dia merupakan seorang pelakon yang membintangi filem tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 500,000 tontonan, 21,000 tanda suka, dan lebih 160 komen.

Walaubagaimanapun, tampil segelintir peminat membidas dan mempertahankan pasangan itu.

Sebelum ini, Sharnaaz didakwa mengongkong Amelia namun menafikan perbuatan tersebut dan adalah atas dasar peduli dan hanya untuk kebaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ‘Control’ Amelia Christie, Ini Jawapan Padu Sharnaaz Ahmad!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kekasih Sharnaaz Ahmad Beri Makanan, Telatah Jebat Jayden Cuit Hati Ramai – “Thank You Aunty Amelia”

Aqilah Paharuzi