Isu Buka Tudung Sehingga Kaitkan Arwah Bapa, Alya Iman Tampil Beri Respons

Anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha Kamil, aktres Alya Iman pernah mengejutkan orang ramai dengan penampilan terbaharunya yang tidak lagi memakai hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan ā€˜Free Hairā€™ Alya Iman Kejutkan Aidilfitri Netizen ā€“ ā€œIman Tak Boleh Diwarisiā€

Terbaharu, Alya tampil menyuarakan komen balas berhubung teguran netizen menerusi muat naik di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Alya berkongsi visual sedang berjalan-jalan di tengah bandar sambil mengenakan pakaian berwarna jingga.

Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat pelbagai respons netizen terhadap dirinya yang tidak lagi berhijab sehingga mengaitkan dengan arwah bapanya.

ā€œBukankah memang begitu selangkah keluar dari rumah dengan tanpa menutup aurat berarti sama dengan selangkah memasukkan ayah ke neraka selama dia berkawin sebab anak perempuan tanggungjawab ayah.

ā€œOrang-orang cuma sekedar menginggatkan dan menyayangkan, itu saja,ā€ tulis netizen.

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Alya tampil membalas komen tersebut dengan menyatakan tugas ayahnya sudah selesai di dunia.

Iman juga tampil dengan penjelasan mufti yang menjelaskan soal dosa anak perempuan yang belum berkahwin ditanggung oleh bapa.

Iman menyertakan pautan ke artikel bertajuk dosa anak perempuan belum berkahwin ditanggung oleh bapa yang disiarkan di laman web Mufti Perlis.

ā€œTanggungjawab arwah bapa saya dah selesai dekat dunia,ā€ balasnya.

Nurul Hana