[VIDEO] Netizen Nampak Kelibat ND Lala Beri Ceramah Dalam Kelas Kursus Kahwin

Penyanyi terkenal zaman 80-an, Datuk ND Lala mencuri perhatian netizen apabila dilihat memberi ceramah di dalam kelas kursus perkahwinan.

Menerusi perkongsian @adlnshzwnie di TikTok, dia tertanya-tanya tentang kehadiran bapa kepada penyanyi, Shila Amzah itu.

“Pergi kursus kahwin tiba-tiba ada ayah Shila Amzah. Macam tak kena je,” ujarnya.

Di dalam video itu, ND Lala dipercayai sedang memberi ceramah tentang menggandakan pendapatan.

@adlnshzwnie♬ Funny – Gold-Tiger

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengaitkan ceramah yang diberikan dengan isu yang didakwa dirinya berkahwin dengan anak rakannya sendiri.

“Dia bagi ceramah pasal mcm mana nk berbini dua tu.

“Tajuk ceramah.. nikah kawan baik anak sendiri.

“Dia ajar cara-cara buat payung emas,” komen netizen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ND Lala datang untuk menjual produk Multi Level Marketing (MLM).

Maya Basir