[VIDEO] Nourul Depp Bagi Pesanan Deep Sempena Hari Ibu – “Jangan Bagi Dia Menangis, Mak Kita Ada Satu Saja”

Penyanyi Nourul Depp menjadi perhatian warganet apabila video yang dimuat naiknya baru-baru ini tular di TikTok.

Menerusi video tersebut, Nourul memberi pesanan sempena hari ibu kepada semua agar jangan menyakiti insan yang bernama ibu dalam hidup kita.

“Mak saya meninggal 2003, Sekali kita marah pada mak kita macam mana pun, mak kita tak setuju dengan apa yang kita nak buat, jangan bagi dia sedih.

“Jangan bagi mak kita menangis, dia dah cukup puas menjaga kita dahulu, puasa dia bersedih ketika kita sakit.

“Bila besar, kita tak dengar cakap mak, dan mak kita tak setuju apa yang kita buat dan kita nak marah pada dia, jangan buat macam itu, mak kita ada satu sahaja.

“Walaupun kita jumpa orang lain yang lebih baik daripada mak kita, kita takkan rasa sama dengan mak sendiri walaupun mak kita rasa tak sempurna,” katanya dalam keadaan sebak.

Dalam pada itu, Nourul turut berkongsi cara dia membahagiakan arwah ibunya kerana menyifatkan ibu adalah insan istimewa dalam kamus hidup.

“What i did to my mom: I never make her cry even I know she was worried of me – got married early and leave family at 17 years old.

“I made her happy as much as possible. Because we have only one mother. Even you will have someone to offer to replace to be your mom.

“Wish kita sebagai ibu, nak anak-anak sihat dan happy, kepada yang tak sakitkan hati kita lah. Kalau yang sakitkan hati tu, bagi dia belajar dulu. Tengok esok apa tuhan bagi kat dia.

“Jangan terlambat pulang, bimbang emak mati. Esok menyesal tak habis. Jangan keras kan ego dengan mak syurga mu,” pesan Nourul.

Perkongsian Nourul tersebut telah meraih lebih 160,000 tontonan dan lebih 5000 tanda suka.

Khairil Khusyairi