Zaki Azeman & Raa Suzuran Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Pelakon Zaki Azeman dan isteri Siti Nur Shahira Ahmad atau dikenali sebagai Raa Suzuran selamat menimang cahaya mata pertama pada pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang.

Berita gembira tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian di Instagram Zaki dan Raa.

Raa memaklumkan dia selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 5.06 pagi Sabtu secara normal selepas berdepan dengan kontraksi.

“Alhamdulillah, setelah bertarung dengan kontraksi dari siang sampai malam, pukul 5.06 pagi selamat normal semuanya,” tulisnya ringkas.

Pasangan tersebut turut berkongsi momen-momen ketika berada di hospital.

Untuk rekod, Zaki dan Raa telah mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Azeman Dan Isteri Bakal Timang Anak Lelaki

Khairil Khusyairi