Video Nyanyi Untuk Kristal, Achey Ganti Tempat Lan?

Rata-rata netizen membuat andaian pelawak terkenal Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah sudah menyertai kumpulan Kristal.

Ini gara-gara video Achey yang beraksi bersama kumpulan itu dimuat naik di laman Youtube, baru-baru ini.

Umum tahu, Achey memiliki vokal yang cukup baik dan boleh mencecah high note. So, why not kan?

“ Saya sekadar bantu promosi kumpulan Kristal yang akan buat kemunculan semula.

“ Tak sangka pula ramai yang salah faham. Saya hanya memenuhi jemputan untuk menyanyikan lagu Sekadar Kenangan,” katanya.

Achey juga tak sangka bahawa video ini akan menjadi viral dan menimbulkan tanda tanya ramai.

“ Bukan peminat sahaja, ramai rakan dan keluarga turut bertanya saya mengenai isu ini,” katanya kepada BH Online.

Ditanya adakah dia bersedia menyertai kumpulan itu sekiranya ditawar menggantikan vokalis lama, Lan Solo, Achey berkata, banyak perkara perlu fikirkan memandangkan dirinya terikat dengan pelbagai komitmen lain.

“Kalau diberi peluang menjadi penyanyi gantian, saya tidak mempunyai masalah. Tetapi, jika mereka mahukan saya sebagai vokalis tetap, saya belum bersedia.

“Apa yang saya lakukan ini sekadar suka-suka, tambahan pula saya meminati Kristal sejak kecil lagi” katanya.

SGMS Faida