Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 9, 2024 @ 1:53pm

[VIDEO] “Orang Dah Maki, Orang Dah Ludah… Kau Nak Diam Lagi?” – Selalu Bertegang Urat Dengan Warganet, Ini Alasan Fathia Latiff

Sering menjadi sorotan di ruangan media sosial, pelakon cantik Fathia Latiff mempunyai alasan tersendiri mengapa dia sering bertegang urat dengan warganet.

Menurut Fathia, sebagai selebriti, dia diganggu dengan kata-kata nista warganet di laman sosial namun sebagai manusia biasa, sabarnya juga mempunyai tahap tersendiri.

“Bila orang maki kita, takkan kita nak diam? Kita mestilah geram. Kita ada perasaan, sabar ada tahap. Saya bagi contoh, orang cucuk pisau, takkan kita nak biar sahaja?

“Orang dah cucuk kau, dah maki kau, dah ludah dekat kau, kau nak diam lagi? Jadi, makilah balik. Kenapa saya nak duduk diam apabila netizen berlawan dengan saya? Saya kena fight for my right, for myself,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kembali Free Hair? Dah Tak Pakai Tudung? Ini Penjelasan Fathia Latiff

Tambah Fathia, warganet yang sering memberikan tohmahan sesuka hati harus juga menerima apabila seseorang artis itu ‘membalas’ perkara terbabit.

“Warganet nak buat saya tertekan, kenapa? Mereka memberikan tohmahan yang salah terhadap saya, jadi sudah pastinya saya nak lawan semula. Mereka katakan saya macam-macam, tak semestinya mereka netizen, mereka boleh buat sesuka hati.

@xtra_my Fatiya kata, kalau netizen boleh sesuka hati komen atau kritik artis, jangan terkejut kalau artis boleh balas balik dekat netizen perkara yang sama. #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #fatiyalatiff #fathialatiff ♬ original sound – XTRA

“Saya tak rasa mereka patut melakukan sebegitu, saya rasa patut ada undang-undang dan mereka yang bercakap sesuka hati itu patut disaman.

“Sebagai artis ke, bukan artis ke, warganet tak boleh bercakap sesuka hati. Kalau mereka cakap sesuka hati, mereka juga harus menerima artis atau orang lain boleh bercakap sesuka hati. Kena terima,” katanya lagi.

Fathia ditemui XTRA di majlis Iftar bersama Anak Yatim dan Fatia Latiff di Grand Barakah Hotel, Ampang, baru-baru ini.

Meraikan anak-anak yatim Rumah Kasih Nurul Hasanah, Fathia gembira dapat berkongsi rezeki di bulan yang mulia.

“Syukur kerana hajat saya untuk meraikan mereka berjalan lancar. Saya gembira kerana dapat berkongsi rezeki dan mengukir senyuman di bibir mereka. Semoga mereka dapat meraikan Syawal yang mendatang dengan penuh kegembiraan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Hiburan Thu, 14 May 2026

Scha Alyahya Tak Mahu Dijadikan Inspirasi, Akui Rumah Tangga Turut Diuji

Kata Scha, jika dahulu dia percaya komunikasi adalah jalan terbaik menyelesaikan konflik, namun kini pandangannya berubah selepas memahami karakter suaminya.

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Contest Fri, 22 Nov 2019

Ejen Ali Pamer Kualiti Grafik Bertaraf ‘International’

Bertindak segera ejen! Korang mungkin boleh menyelamatkan M.A.T.A

Trending Mon, 3 Jan 2022

Isu Saman Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Mohon Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Sam Samin atau nama sebenarnya, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan Aida G atau nama sebenarnya, Razidah Ahmad, 42, selaku defendan keempat dan kelima dalam kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana yang menuntut RM2.5 juta sebagai […]

Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Salah Ke Kalau Alvin Chong Nak Tiru Imej Penyanyi K-Pop?

Wah, siapa berani cakap Alvin Chong tiru gaya artis Kpop ni? 

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Neelofa Sekali Lagi Ke Pentas Antarabangsa?

Usahawan, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa menerusi fesyen muslimah.

error: Content is protected !!