[VIDEO] “Orang Pergi Korea Beli Skincare, Dia Beli Ulam!” – Gelagat Noor Nabila & Rosix Curi Perhatian

Usahawan yang juga kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu, Noor Nabila Mohd Noor sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 53 saat itu, Nabila kelihatan sedang mengemas barang yang dibelinya ketika bercuti ke Korea Selatan bersama rakan karibnya, Rosix Omar.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, gelagat Nabila yang sempat membungkus tumbuhan dipercayai ulam untuk dibawa balik ke Malaysia.

@noornabila00 Tengah shopping2 di korea, tetiberrrr jumpa ulammmm 😂😂😂 #fyp #korea #fypシ ♬ original sound – Noor Nabila

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila terhibur melihat gelagatnya bersama Rosix, malah ada yang menganggap sikap Nabila yang suka memasak membuatkan dia lebih tertarik kepada bahan-bahan masakan berbanding produk penjagaan kulit.

 Usahawan yang juga kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu, Noor Nabila Mohd Noor sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 53 saat itu, Nabila kelihatan sedang mengemas barang yang dibelinya ketika bercuti ke Korea Selatan bersama rakan karibnya, Rosix Omar.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, gelagat Nabila yang sempat membungkus tumbuhan dipercayai ulam untuk dibawa balik ke Malaysia.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila terhibur melihat gelagatnya bersama Rosix, malah ada yang menganggap sikap Nabila yang suka memasak membuatkan dia lebih tertarik kepada bahan-bahan masakan berbanding produk penjagaan kulit.

 

Salma Syahbuddin