Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Misteri Flat Kirana’

Dunia ghaib memang menyeramkan. Namun, siri terbaharu yang berjudul ‘Misteri Flat Kirana’ menyuntik elemen komedi dalam jalan ceritanya.

Latar tempat siri ini adalah di sebuah flat yang terletak di ibu kota yang dikenali sebagai Flat Kirana. Di kawasan kediaman itu adanya seorang pengamal perubatan yang terkenal. Namanya Tok Jat (dilakonkan oleh Ropie).

Tok Jat merupakan seorang yang sangat peramah. Dia juga insan yang sering dirujuk bagi menyelesaikan masalah orang kampung di situ khususnya bagi perkara yang melibatkan dunia ghaib.

Namun, berita ura-ura tentang kematian Tok Jat di Flat Kirana telah menyebabkan semua makhluk halus yang ditangkapnya dahulu dan disimpan dalam botol terlepas. Maka bermulalah kembara penangkapan hantu-hantu di Flat Kirana.

Tugasan ini sememangnya mencabar lebih-lebih lagi apabila sukar untuk menentukan yang mana satu hantu dan yang mana satu bukan. Ini juga merupakan titik permulaan kejadian-kejadian aneh di Flat Kirana. Setiap episod bakal merungkai misteri yang melanda.

Cerita Apa? ‘Misteri Flat Kirana’
Hari Apa? Setiap Selasa – Ahad
Jam Berapa? 11 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan