[VIDEO] “Peminat Johnny Depp Malukan Saya!” – Amber Heard Kecewa Tak Dilayan Seperti..

Bekas isteri Johnny Depp, Amber Heard meluahkan perasaannya yang kecewa dengan layanan oleh peminat Depp yang hadir semasa perbicaraan kes rumahtangga mereka berlangsung.

Heard berkata sokongan yang diberikan oleh Depp membuatkan dirinya tertekan kerana tidak dilayan seperti manusia dan dimalukan depan khalayak ramai.

Heard mendedahkan kejadian berikut menerusi temubual secara ekslusif bersama Savannah Guthrie menerusi NBC.

Kata Heard, peminat Depp menunjukkan sokongan penuh kepada bekas suaminya itu dengan penuh bertenaga, vokal termasuk membawa sepanduk ‘Kematian Untuk Amber’.

“Ini adalah momen paling buruk dan memalukan pernah saya lalui.

“Saya tidak pernah berasa seperti ‘dibuang dari status menjadi manusia’. Saya tak dilayan seperti manusia selayaknya,” dakwa Heard seperti dilaporkan CNN.

Tinjauan XTRA di ruangan media sosial Twitter mendapati nama Heard sehingga kini masih kekal ‘trending’ beserta tanda pagar #AmberHeardIsALiar dan #AmberHeardIsAnAbuser.

 

Dalam pada itu, rata-rata netizen seakan masih menyimpan ‘dendam’ kesumat yang menggelarkan Heard sebagai penipu paling besar.

Dalam pada itu, Heard berkata dia turut dibuli teruk oleh seluruh netizen yang meninggalkan kata-kata kesat kepadanya menerusi pelbagai platform media sosial.

Heard menegaskan dirinya tidak akan menyerah dan terus bertahan demi memperjuangkan kebenaran terhadap kes keganasan rumah tangga dalam rumahtangganya bersama Depp, di mana menurutnya segala dakwaannya telah didera adalah benar.

“Sehingga nafas terkahir, saya akan mempertahankan setiap dakwaan dan testimoni saya (didera),” tegasnya lagi.

Dia bagaimanapun mengaku menyesal kerana sepanjang hidupo bersama Depp, pernah melakukan perkara tak sepatutnya.

“Sikap saya teruk dan hampir tidak mengenali diri sendiri. Saya mempunyai banyak penyesalan,” katanya.

Terdahulu, pihak mahkamah mengarahkan Heard untuk membayar ganti rugi kepada bekas suaminya, Depp sebanyak AS$ 15 juta bersamaan dengan RM65 juta selepas kalah dalam kes saman fitnah selepas pelakon berkenaan mengeluarkan kenyataan didera oleh Depp.

Aqilah Paharuzi