[VIDEO] Peminat Teruja Puteri Balqis Akhirnya Buka Ruangan Komen, Ambil Peluang Kongsi Kata Semangat!

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, akhirnya membuka ruang komen di Instagram miliknya semalam.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish berkongsi sebuah pautan video belakang tabir semasa penggambaran lagu Jesnita nyanyian Azzam Sham, Ariff Bahran dan Ammar Nobita.

Tanpa menulis sebarang kapsyen, perkongsian Aqish itu meraih perhatian ramai yang teruja melihat ruang komen tidak ditutup oleh Aqish.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lakonan ‘Savage’ Puteri Balqis Dipuji Ramai – “Gaya Marah Tu Macam Janna Nick”

Menerusi komen yang ditinggalkan netizen, ini adalah kali pertama Aqish membuka ruang komen sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk membanjiri dengan kata-kata semangat kepada aktres jelita ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Aqish meluahkan perasaan mereka yang memohon kepadanya untuk terus berlakon dan sentiasa pandang kehadapan.

Tidak kurang ada juga yang memuji kecantikan Aqish yang menurut mereka semakin dewasa tampak semakin menawan serta berkata selebriti ini mempunyai raut wajah yang manis apabila tersenyum riang.

Semasa artikel ini ditulis, video yang dikongsikan Aqish di Instagram miliknya telah meraih sebanyak lebih 81,000 tontonan, 7,000 tanda suka dan 217 komen.

Aqilah Paharuzi