[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Shila Amzah Dikritik, Peminat Bidas Komen Netizen Mulut Puaka – “Tak Salah Pun, Janji Tak…”

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mencuri perhatian ramai ekoran penampilannya yang menindik hidung.

Menerusi sebuah video temuramah Shila ketika di program realiti hiburan semalam, netizen mempertikaikan imej bertindik pelantun Patah Seribu itu yang dianggap seperti ‘lembu’.

Dalam video tersebut Shila sedang menjawab pertanyaan pihak wartawan mengenai kehadiran pelakon Sharnaaz Ahmad semasa di program realiti itu.

Artikel Berkaitan; “Biasanya Kalau Malu-Malu Ni Belum…” – Hadir Ke Konsert, Netizen Sakat Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah

“Kenapa kena tindik hidung eh?” soal netizen berkenaan di ruang komen video tersebut.

Bagaimanapun, persoalan individu tersebut telah dibalas oleh peminat Shila yang berang terhadap komen yang dikatakan tidak wajar.

Rata-rata netizen berpihak pada Shila yang berkata pelantun Memori Tercipta itu mempunyai pilihan dan hak tersendiri untuk menindik hidung.

“Kenapa kena tanya macam tu eh? Tak salah pun,” kata netizen.

“Tindik hidung boleh asalkan tak melampaui batas,” ujar netizen lain.

Sementara itu, ada salah seorang netizen yang beranggapan bahawa Shila hanya menggunakan tindik hidung jenis pelekat.

“Rasa macam tindik yang lekat tu je. Props kan,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, komen-komen tersebut telahpun dipadam.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 410,000 tontonan, 16,300 tanda suka dan 177 komen.

Aqilah Paharuzi