[VIDEO] “Perkara Ini Tak Sepatutnya Berlaku” – Ahli Keluarga Ira Kaza Akan Dikena Tindakan Mahkamah Gara-Gara Langgar Perintah Injuksi Puteri Sarah

Konflik rumah tangga pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof masih berjalan di mahkamah.

Terbaru, Sarah mendedahkan terdapat salah seorang ahli keluarga daripada pihak defendan, Ira Kaza yang telah melanggar kontrak dan perintah injuksi interim mahkamah.

“Nak maklumkan pada minggu lepas saya dapat tahu ada ahli keluarga belah sana (Ira Kaza) yang telah melanggar perintah injunksi. Peguam saya telah mengambil tindakan dan surat saman juga telah disampaikan semalam.

“Individu tersebut membuat kenyataan di media sosial miliknya dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Sejujurnya, saya hanya dapat tahu perkaran ini apabila diberitahu netizen. Saya terlalu sibuk, ikutkan saya malas nak ambik tahu.

“Saya terus memaklumkan kepada peguam saya untuk membuat pemeriksaan dan isu berkenaan disahkan telah melanggar perintah mahkamah,” katanya.

Sarah ditemui ketika majlis pelancaran Body Flash yang diadakan di JW Marriot Kuala Lumpur petang tadi.

Peguam kepada isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof itu telah mengambil tindakan menghantar satu notis komital/penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai semalam kepada individu tersebut.

Sebelum ini, Ira Kaza yang didakwa telah mengganggu rumah tangganya bersama Syamsul telah mendapat arahan perintah injunksi pada 28 Jun lalu.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melarang defendan (Ira) dan seluruh ahli keluarganya berhenti membuat sebarang kenyataan di media sosial berkait Puteri Sarah.

@xtra_my

Fuhhh, beraninya langgar perintah injuksi interim mahkamah 🫣😳😳 #fyp #xtramy #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #tontonmy #puterisarah #syamsulyysof #irakaza

♬ Intense Music(850540) – Pavel

Berkongsi mengenai perkembangan terkini mengenai kes mahkamah berhubung isu rumah tangganya, Puteri Sarah berkata prosiding akan berlanjutan pada bulan Ogos tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Disuruh Berdamai, Individu Dedah Sikap Kazar – “Kesian Dengan Kehidupan Bekas Menantu Dia…”

Aqilah Paharuzi