Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2022 @ 6:49pm

[VIDEO] “Saya Tak Bodoh, Tunggu Saya Buktikan..” Kes Tumbuk: Sharnaaz Ahmad Akui Tak Bersalah, Tegaskan Tiada Unsur Panas Baran

Selepas tiga hari direman polis, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad akhirnya dibebaskan atas dakwaan menumbuk, menendang serta mengugut untuk membunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium.

Sharnaaz, 37, bagaimanapun berkata berita tular mengenai kejadian itu adalah tidak benar seperti yang didakwa oleh orang ramai.

Tambahnya lagi, dia akan membuat satu kenyataan media dalam masa terdekat lagi bagi menjelaskan isu sebenar yang terjadi.

“Sekarang ni saya dah selesai dengan siasatan polis. Insya-Allah tak ada apa. Tetapi, apa yang digempar-gempurkan sebelum ini adalah tidak benar.

“Tunggu kenyataan daripada peguam saya dan saya akan buat penjelasan dalam masa terdekat. Belum tahu lagi bila pendakwaan akan dilakukan.

“Saya tidak boleh bercakap banyak. Pihak polis telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz menjawab spekulasi mengenai dirinya yang sering dikaitkan dengan sifat ‘panas baran’ itu menegaskan tindakan ketika itu dibuat kerana merasakan perlu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan netizen yang menggelar Sharnaaz sebagai seorang panas

Nama Sharnaaz yang sering disebut sebagai seorang memiliki sifat panas baran sebelum ini bagaimanapun menegaskan tindakan ketika itu dibuat kerana merasakan perlu.

“Saya tidak bodoh untuk melakukan sebegitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi, tunggu cerita sebenar.

“Panas baran sudah sinonim, tetapi sebenarnya dalam kejadian ini tiada unsur panas baran. Saya hanya buat apa yang dirasakan perlu,

“Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bukan daripada saya. Jangan mudah menilai sebelah pihak sahaja.

“Saya yakin saya tak salah. Saya akan buktikan pada semua yang ada kebaikan saya buat dalam ni yang orang tak tau dan yang tak diceritakan.

“Semua perkara akan diceritakan lebih mendalam bersama peguam saya di mahkamah nanti,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon popular yang direman selama tiga hari kerana disyaki menumbuk, menendang, serta mengugut untuk membunuh pengawal keselamatan pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: “Ketika Rakan Mangsa Hendak Menghantar Minyak Masak…” – Pelakon Popular Direman 3 Hari Tumbuk & Tendang Penghuni Kondominium

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan siasatan terhadap Sharnaaz selesai dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Apr 2021
Trending Tue, 17 Jul 2018

Golongan LGBT Perlu Hak Sama Rata, Jangan Diskriminasi

Beliau diminta mengulas mengenai aktivis LGBT Numan Afifi yang meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kontroversi mengenai identitinya.

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bukti Rumah Tangga Masih Utuh, Risteena Kongsi Perbualan Manja Bersama Suami… Saling Luah Rasa Rindu

Risteena kongsi perbualan mesra bersama suami, bukti rumah tangga masih utuh

Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Bapa Terlantar Bukan Alasan Fimie Don Menghilang Dalam Industri – “Saya Perlu Profesional…”

Kagum betul dengan Fimie! Tetap jaga ayah walau sibuk kerja😭✨ Semoga ayah cepat sembuh Aamin🤲🏻

Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

‘Saya Malu Puji Anak Sendiri’- Rita Rudaini Tegur Ibu-Bapa Yang ‘Over’?

Wahai parents…lepaskanlah mereka bermain, kecil lagi..bina attitude anak-ana, ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jangan ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usawahan popular, Neelofa menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melanggar prosedur operasi standard (SOP). Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, […]

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
error: Content is protected !!