Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 5, 2023 @ 6:56pm

[VIDEO] “Saya Tak Pernah Ada Musuh Dalam Industri” – Tiada Istilah Putus Kawan, Nabila Huda Akui Susah Tinggalkan Sebuah Persahabatan

Pelakon versatil, Nabila Huda mengakui tidak gemar sekiranya sebuah persahabatan itu terlerai atau dikatakan sudah ‘putus’.

Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil itu menjawab pertanyaan penyampai radio, Haiza Hanafi berhubung jenis rakan bagaimana yang harus ditinggalkan.

“Kawan yang bagaimana Abil rasa patut kita tinggalkan dalam kehidupan ini? soal Haiza.

Jawab Abil, dia seorang yang susah untuk meninggalkan persahabatan yang telah terjalin itu.

Aktres filem Rahsia ini mempercayai bahawa sesuatu perhubungan akan bersatu semula di suatu masa kelak, meskipun pada awalnya masing-masing sudah berjauhan atau ‘bergolak’.

“Saya sebenarnya kalau boleh susah untuk meninggalkan. Janganlah kita ini putuskan silaturahim yang ada, tapi kalau misal kata keadaan tak mengizinkan tu kita tak payahlah kata putus. Dia akan pergi dengan sendirinya.

“Tapi satu hari nanti saya percaya kalau silaturahim tu terputus sementara, apa-apa pun pasti akan berjumpa semula pada suatu hari nanti. Kita tak tahu pada masa akan datang.

“Kalau tak jumpa pun, mungkin in the next lifetime lah kan atau terjumpa pun maybe di masa kita dah tu tua kerepot (uzur). Masa tu mesti kita akan adalah ceritanya nanti kan..,” katanya dalam temubual bersama Kool 101.

Tiada Musuh Dalam Industri

Sementara itu, Abil berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah atau bermusuhan dengan selebriti lain.

“Tapi kalau boleh pada saya, saya memang tak pernah ada musuhlah dalam industri ini sebab… what for?

“Dan saya pun tak pernah buat hal dengan sesiapa kan?,” tambahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Sebelum ini, nama Nabila Huda hangat menjadi perbualan di media sosial selepas mengakui tidak mengenali aktres sensasi Nad Zainal yang mengakui tidak kisah sekiranya hilang kawan dari radar.

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Tak Fokus Kawan Hilang Dari Radar, Respons Nabila Huda Curi Perhatian – “Maaf, Siapa Ni Pelakon Ke?”

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Buka Mulut Isu Beri Kenyataan ‘Berani Mati’ Terhadap Nad Zainal -“Buat Apa Nak Terhegeh-Hegeh”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akui Bukan Jenis Rakan Hilang Dari Radar, Sharifah Sakinah ‘Buka Mulut’ Isu Beri Kenyataan Pada Nad Zainal – “Saya Sendiri Tak Tahu Button Block Dekat Mana”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akui Bukan Jenis Rakan Hilang Dari Radar, Sharifah Sakinah ‘Buka Mulut’ Isu Beri Kenyataan Pada Nad Zainal – “Saya Sendiri Tak Tahu Button Block Dekat Mana”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Chef Adu Pamer Aksi Mengghairahkan?

Gambar Chef Adu ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari followers beliau yang rata-rata kagum dengan gambar yang dimuat naik oleh chef kesayangan mereka ini

Featured Thu, 20 Apr 2023
Fab Foodies! Tue, 4 Sep 2018

Halia Membantu Dalam Menyembuh Penyakit

Halia biasa di gunakan dalam masakan tidak kira kaum tetapi jika dapat membantu dalam menyembuhkan beberapa penyakit kenapa tidak diamalkan

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Elly Mazlein, Azlan Selamat Bertunang

Alhamdulillah, selamat bertunang Kak Lina Pom Pom!

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Contest Mon, 1 Jul 2019

xtra好康头 | 送你《52019我爱你依旧演唱会》入门票

#xtra好康头 送你《52019 我爱你依旧演唱会》入门票,让你跟宪哥和他一众好友共度美好的一晚!

Selebriti Wed, 13 Mar 2024
Trending Thu, 25 Oct 2018

Lelaki Mati Dipatuk Ular Kapak Angkara Lambat Bawa Ke Hospital

Ular itu mematuk belakang kakinya dan tidak mahu melepaskan gigitan tersebut.