Hiburan By: Khairil Khusyairi September 16, 2023 @ 6:22pm

[VIDEO] Sebaknya! Uwais, Talita & Matin Kenang Best Momen Bersama Arwah Siti Sarah – “Siapa Yang Ada Ibu Bapa Lagi..Bersyukurlah”

Semalam tanggal 15 September merupakan hari ulang tahun kelahiran penyanyi popular Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Ternyata ramai yang turut memperingati dan menziarahi pusara arwah selain ahli keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sahabat Dunia Akhirat! Mark Adam & Isteri Ziarah Pusara Arwah Siti Sarah – “Selamat Ulang Tahun Jah”

Terbaharu, anak-anak Arwah iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin turut mengenang hari ulang tahun kelahiran arwah ibunya tercinta.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak-beranak kepada pelawak popular Shuib itu juga mengenang kembali momen-momen bersama arwah Siti Sarah sepanjang hayatnya bersama mereka.

“Dekta sayang kat ibu sangat-sangat. Dekta rindu ibu,” demikian ungkap anak kedua ini.

Selain itu, ketiga-tiga anak kecil ini turut mengenang kembali kenangan mereka bersama ibu yang tak boleh dilupakan.

“Jogging dengan ibu, jogging sampai hujung sekali kita singgah beli nasi lemak,” kongsi Uwais.

“Pergi dekat shopping mall, beli makanan, best oh,” kata Talita.

“Masa ibu nak suap Matin, ibu buat bulat-bulat, baru ibu suap Matin,” ujar Matin.

Di akhir video tersebut, Talita dan Matin turut menasihati untuk kawan-kawan yang masih mempunyai ibu bapa dan kata-kata semangat buat yang kehilangan ibu bapa.

“Korang kena hargai ibu, dengar cakap ibu ya. Kena sayang ibu. Awak kena doa pada ibu awak yang dah tak ada, ayah yang tak ada, kena doakan ya.

“Jangan sedih sebab ibu dah ada dekat Syurga dah, kalau rindu bacalah Al-Fatihah banyak bagi pada dia, ada orang yang dah tak ada ibu bapa lagi, kesian.

“Sesiapa yang ada ibu bapa lagi, bersyukurlah. Jangan lah melawan. Ramai yang tiada ibu sebab mati.

Allahyarham Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan 2.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Jun lalu, Shuib berkahwin kali kedua bersama pasangan pilihannya, Watie Hanifiah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Zahirah MacWilson Tak Tolak Jodoh Sesama Artis

Ditanya kehidupannya sejak bergelar solo, kata Zahirah dia kini lebih happy!

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Trending Wed, 24 Jul 2019
Hiburan Wed, 6 Dec 2023