[VIDEO] Selepas Tayang Badan, Aksi MK K-Clique Gigit Stereng Pula Jadi Perhatian – “Nak Jadi Stereng Tu”

Sebut sahaja nama penyanyi MK pasti ramai yang mengenali anggota kumpulan K-Clique itu yang sering mendapat perhatian warganet di media sosial.

Beberapa hari lalu, MK memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memakai baju dan memandang ke arah kamera dan menari.

Dek kerana perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya tampil memenuhi ruang komen dengan memuji aksi MK itu malah ada juga yang jatuh hati dengan kekacakan penyanyi tersebut.

Sehingga kini, video yang menayangkan separuh badan MK tersebut telahpun mencecah lebih 400,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.

“Bbay girls, ku lo sa…,” tulis MK di ruang kapsyen.

@mk.kc302Baby girl, ku lo sa…♬ original sound – MK K-CLIQUE

Terbaharu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sekali lagi menjadi tumpuan apabila tampil dengan sebuah video yang memaparkan aksinya menggigit stereng kereta membuatkan peminat tak keruan.

Dalam perkongsian sama, MK dilihat sedang menyanyi lagu terbaharu Alyph iaitu Swipe sebelum menggigit stereng kereta.

“Baby, aku ada type,” tulis MK.

@mk.kc302Baby, aku ada type 🍑♬ Calm Down – Rema

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terutamanya wanita memberikan pelbagai reaksi terhadap aksi MK itu malah ada juga berseloroh ingin menjadi stereng kereta itu.

Perkongsian MK di TikTok kini meraih lebih 800,000 tontonan dan 98,000 tanda suka.

Khairil Khusyairi