[VIDEO] Semua Artis Pun Nak Buat Tik Tok #AJL34 Sekarang Ni! Ada Ke Orang nak Tengok?

Bagi peminat tegar anugerah berprestij yang ditunggu-tunggu setiap tahun, #AJL34 nampaknya tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya dengan persembahan yang memukau daripada barisan artis terkemuka tanah air.

Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya #AJL34 kali ini turut dimeriahkan dengan penghasilan video TikTok para penyampai HotFM buat artis kegemaran mereka.  Jom kita layan!

Ragaman – Persembahan dari Mr. RagaDeen

Bukan main lagi kan? Tau lah peminat FT. Tapi yang penting gaya tu ada ye Deen!

Bangun – Shuib HotFM

Macam ni lah agaknya kalau Aman Ra kejut Didi & Friends nak pegi sekolah kan? Kelakar jugak TikTok Shuib ni?
Yang penting,video yang dimuat naik pada Selasa ini telahpun ditonton sebanyak  18, 190 views.

Dinda – Zetty HotFM

Siapa rasa TikTok Zetty ni best? Apa yang penting, Zetty memang style dalam video TikTok ni kan?
Untuk pengetahuan semua, kumpulan Masdo telah berjaya menjadi finalis #AJL34 selepas lagu Dinda berjaya menduduki carta Top 10 Muzik-Muzik selama tiga minggu berturut-turut. Tahniah Masdo!

Peneman – Deen HotFM

Siapa sangka lagu Peneman dari Hazama ini antara lagu beliau  yang ke-7 menjadi finalis AJL sejak lagu nyanyiannya bersama Amy Search berjudul Simetri tersenarai antara lagu yang dicalonkan pada AJL27 iaitu pada tahun 2012.
Terdahulu, Hazama turut menjadi finalis AJL sejak 2012 sehinggalah sekarang. Cayalah Hazama!

Ku Bersuara – Haziq HotFM

 

Penuh penghayatan betul Haziq ni ye!
Untuk #AJL34 kali ini, Haziq turut menjadi host bersama Sherry Al-Hadad dan Awal Ashaari. Dan, ini adalah peluang keemasan buat Haziq mengukuhkan namanya dipentas #AJL34. Good luck Haziq!
Manakala, lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri merupakan lagu yang ditulis oleh rakan baiknya iaitu, Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.
Terdahulu, Ernie dan Syamel pernah dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada AJL32.

Kisah Cinta Kita – Shuib & Syuk

 

Dalam banyak-banyak TikTok korang rasa siapa punya video yang paling win? Kalau admin, pilih yang ni!
Penyanyi kelahiran Sarawak yang mula mencipta nama menerusi program realiti ini nampaknya mengukuhkan lagi nama beliau selepas menjuarai AJL26 dengan  Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik menerusi lagu Awan Nano.
Dan, kemampuan vokal yang lunak dimiliki Hafiz seterusnya menjadikan beliau pemenang bagi Persembahan Terbaik dan Tempat Ketiga pada AJL28 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.
Jadi, dapatkah Hafiz mengulang sejarah pada AJL34 kali ini? Sama-sama kita tunggu okay!
Salma Syahbuddin