Featured By: Aqilah Paharuzi July 6, 2022 @ 5:27pm

[VIDEO] “Sepatutnya Saya Ganyang Dia!” – Puteri Sarah Dedah Kisah Sebenar ‘Permainan’ Ira Kaza, Harap Kes Masuk Bawah Isu Jenayah

Keretakan rumah tangga pelakon jelita, Puteri Sarah dan pengarah tersohor Syamsul Yusof semakin tegang selepas aktres terbabit mengambil keputusan untuk menyaman pihak ketiga itu.

Terbaru, Sarah membincangkan secara terbuka mengenai konflik perkahwinannya menerusi sesi Instagram Live bersama dramatis terkenal, Nad Zainal.

Nad ketika itu bertanya kepada Sarah apa yang dia mahu lakukan semasa pertama kali isu curang tersebut terbongkar.

Menjawab persoalan tersebut, Sarah mengakui pernah berfikir untuk mengambil tindakan, namun niatnya terkubur setelah memikirkan aib suami dan keluarga.

Sarah menjelaskan pernah ingin mengambil tindakan ketika mula-mula diganggu oleh pihak berkenaan. Tetapi, apabila memikirkan aib suami dan keluarga, dia tidak bertindak demikian.

“Saya nak jaga aib keluarga dan sebab tu saya bertahan selama empat tahun. Selagi saya boleh bertahan saya bertahan. Tapi lama-lama dia menjadi kacau pada mental.

“Jadi dari situ saya rasa sudah cukup. Saya sudah penat. Kalau mulut saya jahat, dah lama saya cerita (hal berkenaan),” ujarnya.

Dalam pada itu, Sarah turut mempersoalkan bagaimana pihak ketiga berkenaan bersungguh-sungguh dalam mengganggu mental dan emosi seperti dirinya yang ‘merampas’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

“Sepatutnya saya pergi hentam dia, ganyang dia. Tapi dia yang hentam saya macam saya ambil suami orang. Ni dah terbalik.

“Saya nak saman bukan sebab saya nak rampas suami saya semula, tidak. Itu empat tahun lalu. Saya nak tuntut hak saya untuk anak-anak saya.

“Sekarang saya baru balik dari JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan). Saya nak saman bukan sebab saya nak rampas balik hak saya. Itu empat tahun dulu. Sekarang ni saya buat untuk tuntut hak saya dan anak-anak.

“Saya buat dua tuntutan – menggangu ketenteraman saya itu sebagai kes civil. Yang saya report pada JAWI dan JAIS adalah kerana gangguan rumah tangga itu jenayah.

“Saya harap semua orang doakan benda ni jatuh sebagai jenayah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sarah membongkar masjid yang terbina bersama Syamsul seakan berada di ambang perpisahan setelah diganggu oleh pihak ketiga, Ira Kaza iaitu anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sebelum ini, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah memaklumkan Ira yang didakwa kekasih Syamsul diarah memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman dikemukakan Sarah dalam tempoh sebulan bermula 4 Julai lalu.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Bakal Berkahwin Lagi? Ini Respons Puteri Sarah Liyana – “Hati Saya Tenang Sekembali Mengerjakan Umrah, Tapi Soal Tu Saya…”

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Mar 2018

Vietnam Restaurant Preserves President Obama’s Table and Utensils!

After former President Barack Obama visited a Vietnamsee street restaurant, the restaurant decides to preserve the table and utensils that he used before!

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

Trending Fri, 3 Jul 2020
Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr […]

Trending Wed, 19 Apr 2023

Tekak Tidak Selesa? Jom Rawat Batuk Dan Sakit Tekak Dengan WOODS’!

Pulang ke kampung halaman di musim perayaan ini sememangnya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Setelah sekian lama tidak bersua, pasti banyak perancangan aktiviti dan cerita yang ingin dikongsikan bersama yang tersayang. Namun, cuaca yang tidak […]

Featured Wed, 29 Jan 2020
#LaguXTRA Thu, 27 Apr 2023
Featured Wed, 11 May 2022