[VIDEO] Tampil Berhijab, Netizen Minta Isteri Caprice Berhenti Muat Naik Content Menari – “Tak Perlu Tayang Dah..”

Nama penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice sering menjadi perbualan, lebih-lebih lagi selepas isterinya, Farra Inalis dikritik akibat sering memuat naik content menari di laman sosial.

Umum sedia maklum, Caprice sering membidas video-video dan kejadian viral yang berlaku di tanah air menerusi platform Instagram miliknya.

Lantaran itu, ramai dalam kalangan netizen yang meminta agar Caprice menjaga permaisuri hatinya terlebih dahulu sebelum mengkritik orang lain.

Terbaru, Caprice berkongsi berita gembira apabila isterinya itu kini telah menampilkan imej menutup aurat dan manis mengenakan hijab.

Menerusi sebuah perkongsian, Caprice telah memuat naik satu video Farra mengikutinya ke semua sesi mesyuarat bagi pembangunan dua aplikasi Islamik.

Bagaimanapun, di hujung video tersebut ada terselit sebuah rakaman yang memaparkan isterinya seronok menari meskipun sudah berhijab dan ia telah mencuri perhatian netizen.

@farra_inalis

nampak simple je step dia , tp susah sebenarnya😭 banyak kali try tp still nampak awkward 😢 hehe

♬ Это любовь – Амирчик

Rata-rata netizen memohon agar isteri Caprice untuk berhenti memuat naik content sedemikian untuk menjaga imej muslimah itu.

Dalam pada itu, ada segelintir daripada mereka meminta netizen berhenti mencari kesalahannya serta meminta diberi peluang kepada Farra untuk menyesuaikan diri.

Artikel Berkaitan: “Roger 7 Boyfriends Tu..” – Pasangan ‘Pelawak’ Minta Dana Awam RM40,000 Untuk Ikat Jamin, Reaksi Caprice Sangat Win!

Artikel Berkaitan: “Salam Takziah Bang, Kalau Dah Miang Sangat Pi Cari Bini..” – Caprice Sindir Pelanggan Lelaki ‘Kurang Sopan’ Peluk Pelayan Wanita

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..” – Akibat Dedah Aurat Paha, Segmen ‘What Is On The News Today?’ Kini Makan Diri Caprice?

Aqilah Paharuzi