[VIDEO] Teman Wanita Kesal Pelakon Lelaki Curang & Kaki Clubbing, Abai Janji Nak Bertunang – “Setia, Susah Senang Bersama Tapi…”

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon lelaki baru hangat menjadi perbualan ramai di serata media sosial selepas tular sebuah video individu tersebut sedang rancak menari di kelab malam bersama seorang wanita lain.

Video tular yang dimuat naik oleh kekasih hati pelakon tersebut meraih perhatian ramai yang berang melihat perasaan kekasih hatinya itu dipermainkan.

Difahamkan kekasih hatinya kesal apabila mendapat tahu pelakon lelaki itu curang dibelakangnya dan mengabaikan janji untuk mengikat tali pertunangan.

“Susah senang bersama bila dah senang ini balasan yang dapat. Mana janji awak nak tunang tahun ni? Ini ke surprise awak nak bagi pada saya.

“Saya teman awak pergi shooting ketika media buat cerita pasal awak ramai tak suka awak. Saya yang sentiasa ada dengan awak. Sakit sangat awak balas jasa saya.

“Kepada perempuan tu, saya harap awak jaga dia macam mana saya jaga dia ok,” tulisnya di video tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen memetik nama pelakon baru Ameerul Asyraf yang sedang berlakon dalam drama ‘Bukan Lelaki Terhebat’.

Ia ekoran sebuah video lain yang dimuatnaik oleh kekasih hatinya yang memaparkan wajah pelakon tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa karier pelakon yang sedang meningkat naik ini akan rosak gara-gara kontroversi seperti ini.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pelakon berkenaan berhubung isu terbabit.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 600,000 tontonan, 11,000 tanda suka dan 600 komen.

Aqilah Paharuzi