Hiburan By: SGMS Faida September 13, 2018 @ 2:12pm

Wafiy Mengaku Tak Minat Nyanyi Lagu Jiwang

Bintang kelahiran Sabah, Mohd Wafiy Ilhan Johan atau mesra disapa Wafiy memiliki pakej lengkap untuk terus dikenali dalam industri hiburan.

Boleh mengacara, bernyanyi dan berlakon, Wafiey menjalani kehidupan dengan jadual harian padat sejak usia lima tahun lagi.

Selebriti berusia 17 tahun ini memberitahu dia kini dalam proses pemilihan lagu untuk menghasilkan single terbarunya.

“ Sekarang saya tengah pilih 2-3 lagu yang ditawarkan kepada saya.

“ Saya ada dapat beberapa tetapi lagu berkenaan tak kena dengan jiwa. Saya lebih cenderung menyanyikan lagu rancak kerana sifat saya yang tak suka duduk diam. Lagu baru saya nanti perlu banyak pergerakan,” katanya kepada xtra.com.

Tambah Wafiy, melihat pada ‘abang-abangnya’ seperti penyanyi Aiman Tino atau Tajul, dia tidak berminat untuk membawakan lagi jiwang.

“ Kalau boleh, saya tak mahu lagu-lagu bergenre ‘tangkap leleh’. Saya bukan jiwang orangnya,” katanya dalam nada berlawak.

Dalam perkembangan lain, Wafiy baru selesai menjalani penggambaran filem Warkah bersama pelakon hebat Namron dan Syazwan Zulkifli.

“ Ini merupakan lakonan pertama saya untuk filem. Memang berdebar. Saya memegang watak sebagai seorang abang yang sesuai dengan usia dan status saya sebagai pelajar sekolah,” akhirinya yang pernah muncul dalam telefilem, Super Game Boy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Thu, 9 Dec 2021
Events Mon, 2 Apr 2018

Adakah Komen Edry, Punca Ayie Tersingkir?

Cuba mempersembahkan kelainan pada konsert kali ini, juri tetap iaitu Edry Abdul Halim menyifatkan persembahan Ayie adalah sesuatu yang merepek

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] “Ada Gaya Ni, Jari Tu Lentik!” – Ramai Teruja Aafiyah Berani Buat Konsert Piano, Siti Nurhaliza Luah Rasa Sebak

Wahhh 🤩 Hebatnyaa Aafiyah nii 🥹 4 tahun dah pandai main piano 🥰 Semoga terus berjaya Aafiyah comel 🥹❤️