Wani Ditegur Menari K-pop Dalam Pendusta Cinta?

Penyanyi yang popular dengan lagu Alhamdulillah ini, kini muncul dengan single terbaharu beliau berjudul, Pendusta Cinta.  Ramai yang berpendapat bahawa, Wani seakan-akan artis Kpop Malaysia apabila penyanyi ini bukan sekadar menyanyi tetapi juga menari.

Muzik video yang telah dimuat naik menerusi laman Youtube itu kini meraih lebih 200k tontonan sejak ia dilancarkan pada 20 Julai lalu.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah, kenyataan yang dikeluarkan oleh  Dai’ Luqman menerusi akaun twitter dan instagram beliau berhubung muzik video berkenaan yang dianggap sebagai mengundang fitnah.

 

Pemilik nama penuh Nur Syazwani Selamat mula menyuarakan pendapatnya apabila netizen menyebut Pendusta Cinta di entri Da’i tersebut.

“Saya baru perasan mengenai komen tersebut sejak dua hari lepas. Tiba-tiba banyak netizen menyebut nama saya sebagai penyanyi wanita yang dimaksudkan dalam tulisan Da’i tersebut.

“Ya betul, saya ada menari sedikit dalam muzik video lagu Pendusta Cinta. Untuk single keenam bersama kemunculan Waris ini saya mahukan kelainan.

“Kalau sebelum ini saya hanya menyanyi biasa-biasa sahaja, kali ini saya mahu pamerkan kebolehan menari. Cuba tengok muzik video itu, tak adalah teruk sangat saya menari, kan? Rasanya tarian saya masih sopan.

“Lagipun, saya bukannya penyanyi nasyid. Ramai menganggap saya penyanyi nasyid dan mungkin juga Da’i tersebut fikir saya penyanyi nasyid, jadi tidak wajar menari.” Jelasnya

Tidak melenting atau marah, Wani menjadikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya sebagai panduan dan pengajaran buat beliau bergelar anak seni.

Dan, mungkin juga Wani mahu menampilkan sedikit kelainan dalam muzik video beliau pada kali ini? 

Jom kita layan sikit lagu Pendusta Cinta, betul ke ala-ala Kpop? Tepuk dada, tanya selera okay!

Ad Ops