Hiburan By: Khairil Khusyairi January 4, 2024 @ 1:09pm

Wanita Dakwa Pelakon ‘Lesap’ Lepas Paksa Gugurkan Kandungan, Tanggung Sakit Sendirian Jangkitan Di Rahim – “Dia Janji Untuk Kahwini Saya…”

Seorang penuntut universiti swasta mendakwa dia kini terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim selepas menggugurkan kandungan pada Oktober lalu hasil persetubuhan yang dikatakan bersama seorang pelakon terkenal.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 21 tahun itu turut mendakwa pelakon itu ‘hilang’ dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan.

“Saya ikut segala permintaannya untuk menggugurkan kandungan selepas memujuk saya berulang kali.

“Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan segala pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan,” dakwanya.

Lebih parah, wanita tersebut juga mendedahkan pelakon lelaki tersebut turut berjanji untuk mengahwininya namun hilang begitu saja.

“Dia turut berjanji untuk mengahwini saya walaupun harapan untuk hamil lagi agak susah kerana mengambil ubat gugur janin.

“Malangnya kata-kata manis yang diberikan itu hanya untuk melepaskan diri dan tidak mahu bertanggungjawab sedangkan saya sekarang terpaksa berulang-alik ke hospital kerana mengalami jangkitan pada alat kelamin.

“Saya hanya mengetahui masalah ini dua minggu lalu selepas doktor memberitahu proses pengguguran melalui pil gugur janin yang saya ambil tidak berkesan sepenuhnya. Ada janin yang masih berada di dalam badan,” katanya.

Tambah wanita itu lagi, pendedahan yang dibuatnya bukan untuk meminta belas kasihan agar pelakon itu tampil memperisterikannya.

“Saya tak nak pun kahwin dengan dia. Saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab dan ada sifat perikemanusiaan.

“Cuma ketika saya sedang berada pada fasa terendah dalam hidup saya sekarang ini, setidak-tidaknya tanyalah khabar dan beri sokongan serta selesaikan masalah ini secara baik.

“Namun saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi.

“Saya mahu dia menerima balasan yang setimpal. Biarlah saya dan dia diheret ke muka pengadilan atas kesalahan yang kami lakukan. Saya mahu dia belajar daripada pengajaran ini, bukan bebas dan menjalani kehidupan dengan penuh bahagia,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 19 Mar 2024
Featured Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Tutup Ruangan Komen, Nabila Razali Luah Ucapan Buat MK K-Clique & Siti Hajaar

Semoga Bella pun jumpa jodoh yang baik jugaa ☺️❤️

Featured Wed, 31 Jan 2024
Trending Thu, 14 Mar 2019

Jangan Panik! Whatsapp, Facebook Dan Instagram Alami Gangguan

sekurang-kurangnya boleh rehatkan mata dari tengok handphone je!

FESYEN Wed, 13 Feb 2019

Pertama Kali Potong Rambut, Gambar Anak Kourtney Kardashian Curi Tumpuan

Comelnya! Sekali pandang nampak macam Khloe pula kan?

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

KYLIE JENNER GIVES BIRTH TO FIRST BABY WITH TRAVIS SCOTT

Kylie Jenner went into hiding last year after people started speculating on her pregnancy. Now, she has given birth and the baby daddy is none other than rapper Travis Scott.