Wanita Disangkakan Patung Kek Ini Bukan Calang-Calang Orangnya

Siapa sangka wanita yang disangkakan patung kek ini sebenarnya real!

Dikenali sebagai @izubielazaffmarekan menerusi laman instagram miliknya, siapa sangka wanita ini sebenarnya merupakan Pengasas produk Puteh Gebu DBella.

Pengasas produk Puteh Gebu DBella itu menjadi viral apabila tampil dalam persalinan ‘ball gown skirt’ berona emerald green nyata mengagumkan ramai pihak kerana raut wajahnya persis patung Barbie dan kulit yang putih gebu, ditambah pula dengan gaya posing bersahaja, sehingga ia benar-benar terlihat seperti kek patung! 

Justeru itu, ramai followers meninggalkan komen diruangan instagram dan juga facebook miliknya. 

Namun, apa yang menarik perhatian ialah, Pelakon dan pengacara Zoey Rahman antara yang meninggalkan komen di bahagian ruangan entri Instagram milik beliau. Dengan menulis,  “ingatkan patong kek”.

Terdahulu, Izubiela sebelum ini pernah tular dengan kisah Barbie-Susuk 1 Juta yang diterbitkan akhbar Metro Ahad tahun lalu dan Barbie Masuk Pasar.

Penularan kisahnya itu turut memberikan Bella idea untuk menghasilkan produk penjagaan wajah iaitu Susuk 1 Juta Skincare dan Izubiela 5th Whitening Booster.

Salma Syahbuddin