Tak Sia-Sia Jadi Pak Arab, Chiwan Muncul Juara Minggu Kelima BBB2019

Minggu kelima program Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) menyaksikan Chiwan bergelar juara mingguan.

Persembahan Chiwan atau nama penuhnya Mohd Azwan Sabri menampilkan kelainan malam tadi dengan membawa anggota kumpulan Chilok, Achok ternyata membuatkan penonton ‘pecah perut’

Membawa watak sebagai pemuda Arab yang menjalankan aktiviti perdagangan manusia, jenaka Chiwan turut menerima pujian daripada juri tetap, Saiful Apek.

“ Chiwan memang seorang yang berani mengambil risiko dengan selalu membuat percubaan dengan pelbagai konsep setiap minggu. Bawa watak orang Cina boleh, Arab boleh, awak memang berani mencuba. Sangat lawak di atas itu daj saya terhibur,” kata pelawak otai ini.

Lebih istimewa, ini merupakan kemenangan kali pertama Chiwan di pentas BBB2019. Kemenangan minggu kelima ini turut melayakkan Chilok membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000. Tahniah Chiwan! 

Jangan lupa saksikan BBB2019 setiap Ahad bermula jam 9 malam yang bersiaran langsung di TV3 dan Tonton. 

SGMS Faida