Wanns Ahmad Dikatakan Pengikut Illuminati?

“Saya tahu halal haram dan masih berpegang kepada Islam,” dedah pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad yang menimbulkan persoalan netizen selepas sering memuat naik foto serta video dan elemen imej hitam di Instagram sejak sebulan lalu.

Tindakannya itu membuatkan ada netizen beranggapan dia menjadi pengikut gerakan Iluminati susulan foto piramid bermata satu yang cukup sinonim dengan gerakan itu.

Antara kapsyen yang sering dikongsi di laman sosialnya berkaitan seseorang yang akan muncul di akhir zaman.

Rata-rata netizen mendakwa seseorang yang dimaksudkan itu ialah Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi.

Malah Wanns juga meninggalkan pelbagai komen ‘misteri’ seperti mengajak orang ramai mengikut jejak langkahnya jika mahu ‘aman’ di laman sosial rakan-rakan artis dan media.

“He will come soon! Lets join us for your peace,” antara kapsyen ringkas yang sering diluahkan.

Bagaimana pun, tindakan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Terus Mencintaimu itu mendapat pelbagai kecaman termasuk beberapa rakan artis yang menyifatkan dia sedang ‘sakit’, malah melabelnya seolah ‘sesat’.

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @wanns.ahmad_official

Del14