Categories: HiburanSelebriti

Waris Takut Buat Facial?

Penyanyi rap terkenal, Waris berkongsi pesanan terutama dengan kaum lelaki di luar sana agar usah malu menitikberatkan penjagaan wajah.

Akui Waris sejak bergelar figura awam, dia memastikan akan mengunjungi spa kecantikan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

“Memandangkan kulit saya ni ala-ala warna ‘kopi-o’, saya ambil inisiatif untuk kelihatan lebih terurus dengan mengunjungi spa membuat rawatan.

“Buat apa nak malu kan? Sebagai kaum lelaki di era masa kini, lelaki jangan malu untuk buat facial. Tak salah pun,” katanya kepada Xtra.

Pemilik nama lengkap, Muzammil Alias itu juga berkata dia akan mengunjungi spa kecantikan bersama dengan isteri setiap kali ada masa lapang.

“Mula-mula tengok dalam video dekat Youtube, macam takut sahaja tengok rawatan guna jarum. Tapi bila dah pergi, tidak ada apa yang nak ditakutkan. Tidak sakit malah selesa. Saya pula lebih yakin dengan kulit wajah lebih baik dan terurus,” akhiri Waris selepas merasmikian cawangan ke 22 butik medispa MBH Skin Expert di Putra Nilai semalam bersama pengasasnya, Puan Yaya Mohamad.

Wartawan lokasi: Fas

SGMS Faida