Warisi Kejelitaan Ibu, Kecantikan Rupa Paras Anak Bongsu Fasha Sandha Dipuji – “Cantiknya Macam Mak Dia!”

Anak pelakon jelita Fasha Sandha, Aisha Amaira tampil meraih tumpuan dalam kalangan peminatnya selepas melihat kecantikannya biarpun baru berusia tiga tahun.

Baru-baru ini, tular kembali sebuah video di TikTok yang mempamerkan kecantikan rupa paras anak perempuan aktres berkenaan terutama di bahagian matanya.

Selain mempunyai mata yang cantik, kejelitaan Aisha yang turut mempunyai rona kulit putih mulus itu juga dikatakan telah mewarisi ibunya, Fasha.

“Mata anak bongsu Fasha cantik,” tulisnya.

@fashasandhaa3 mata anak bongsu fasha cantik 😍 #fashasandha #fashasandhamasak #fyoupage #fyourpage #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #beranda #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ ♬ original sound – Fasha Sandhaa

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya bersetuju dengan pemilik akaun tersebut.

Malah, ada juga yang menyatakan wajah si kecil itu persis muka anak kepada aktres Puteri Sarah Liyana, Sumayyah.

Fatin Nurain