Wawa Zainal Belum Bersedia Nak Bersalin??

Sesetengah orang kalau tengah mengandung malas betul nak berhias tapi pelakon dan usahawan Wawa Zainal bukan sahaja rajin berhias malahan kelihatan makin cantik walaupun hanya menunggu masa untuk bersalin anak ketiganya dengan pelakon, Aeril Zafrel. 

Pelakon berlesung pipit ini juga sempat berkongsi dengan peminat melalui entri instagramnya yang dia mengalami kontraksi sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik. 

“Sembilan bulan mengandung…kurang dari sebulan lagi nak ‘due‘..gementarnya mak buyong. Kita hiburkan hati dulu. Walaupun tadi bekejar ke klinik perut sakit sebab kontraksi. 

“Tolong duduk dulu dalam tu baby..banyak kerja tertangguh,” tulis Wawa sebagai kapsyen. 

Melalui perkongsian itu, Wawa memuat naik videonya sedang menari dengan memakai sari. Bukan sahaja kelihatan cantik, lenggoknya juga lemah gemalai, tak macam orang sedang sarat mengandung. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Wawa dan mendoakan agar proses bersalin nanti dipermudahkan. 

Wawa atau nama sebenarnya Siti Hawa binti Zainal Abidin (28 tahun) mendirikan rumahtangga dengan Aeril Zafrel pada 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar (6) dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa (4). 

 

Del14