Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 23, 2022 @ 9:21pm

#WhazzupNetizen: Adengan Panas Zul Ariffin, Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips & DSV Didakwa Tunggang Agama? Apa Cerita Ni?

Kembali dalam segment #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Adengan panas Zul Ariffin dan Siti Hariesa

Isu babak intim pelakon terkenal Zul Ariffin yang mendukung pelakon baharu Siti Hariesa dalam klip video drama Perempuan Itu mengejutkan orang ramai yang sempat menonton klip tersebut di akaun Instagram milik Zul.

Rata-rata daripada netizen meluahkan pendapat mereka yang meluahkan bahawa babak tersebut tidak sesuai untuk tontonan awam, malah ada juga dalam kalangan mereka yang seakan tidak percaya mengapa Zul sanggup untuk mengambil watak seperti itu.

Bagaimanapun, tidak semua netizen yang mengecam pelakon tersebut. Ada segelintir daripada mereka mengakui isu adengan melampau tersebut tidak patut ditayangkan namun mereka menyeru agar Zul diberi peluang kedua dalam industri hiburan ini serta memberi sokongan kepada Zul untuk terus kuatkan semangat.

2. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Pujuk Isteri

Nama angkasawan negara ini juga tidak terlepas daripada menerima kecaman daripada netizen yang berpunca daripada sebuah hantaran mengenai tips suami untuk memujuk isteri menambah bilangan anak.

Berdasarkan pemerhatian di ruangan media sosial Twitter, ramai dalam kalangan netizen yang berang apabila seorang pengikutnya meninggalkan komen yang mengadu dia seakan tidak sanggup untuk mempunyai anak ramai dek kerana rasa sakit untuk bersalin.

Konflik bermula apabila Dr. Sheikh Muszaphar membalas kenyataan tersebut dengan berkata rasa sakit itu akan hilang selepas melihat anak didakwa oleh netizen seolah beliau tidak mempunyai rasa empati terhadap wanita apabila berkata sebegitu.

Namun begitu, ada segelintir daripada netizen yang dapat menerima perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar itu kerana menurut mereka beliau dan isteri, Datin Dr. Halina adalah pasangan suami isteri yang berkemampuan dan juga berpendapat bahawa mempunyai keluarga ramai ini bergantung kepada pilihan masing-masing.

3. Lagu Ku Ikhlaskan – DSV Didakwa Penunggang Agama?

Usahawan yang kini juga bergelar penyanyi, Datuk Seri Vida (DSV) baru saja mengeluarkan single terbarunya yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’, muzik video (MV) lagu tersebut telah mencecah lebih 1.7 juta tontonan di akaun YouTube DSV Entertainment.

Sebaik sahaja lagu tersebut dikeluarkan, DSV mendapat pelbagai komen-komen positif daripada pendengar yang turut memuji jalan cerita MV dan bait-bait lirik lagu itu sangat menarik dan menusuk kalbu.

Berbaloilah jika perbelanjaan dalam menghasilkan MV tersebut menelan sehingga RM400,000.

Namun begitu, tindakan DSV yang mengajak orang ramai untuk menonton MV tersebut sebagai saham akhirat dan membuat ‘marketing’ murahan didakwa seperti seorang penunggang agama.

DSV menggunakan platform itu sebagai satu usaha untuk mengumpul dana dalam membina pusat tahfiz di Perak dan ia telah menerima tomahan daripada segelintir netizen.

Menurut mereka, wang perbelanjaan yang banyak dilabur untuk MV tersebut seeloknya didermakan secara terus kepada pusat ahfiz berkenaan.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tomahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 10 Dec 2020
Featured Sun, 18 Apr 2021

Vaksin Kepada Petugas Media Dalam Fasa Kedua

Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dijadualkan bermula esok justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah memohon supaya petugas media turut diberi keutamaan dalam mendapatkan vaksin COVID-19. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin […]

familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Seloka Hari Raya’ Bentuk Avatar 3D Himpun Artis Naungan Warner Music Malaysia

Antara yang terlibat dalam pembikinannya terdiri daripada Ajak, Alyah, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Bunga, Ezlynn, Kaka Azraff, Kucaimars, Layla, Pasya dan Yasin.

Featured Wed, 3 Dec 2025

“Allah Titipkan Satu Lagi Amanah Untuk Kami Jaga, Sayang & Bimbing” – Syasya Rizal Selamat Timang Anak Kedua 

Penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat melahirkan anak keduanya pada Isnin.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

第二主打找Hero祖雄拍MV 车子无缘为专辑入镜

大马“星光冠军”歌手车志立(车子)发行新专辑,公司砸本请来影帝、男神及型男演员等为新专辑拍摄MV,第二主打歌《迷路》更特别找来大马“全能型男神兼天菜”Hero祖雄跨刀相助。车子确定无缘为专辑入镜当主角,感叹“有点伤心”。

Featured Fri, 26 Jan 2024
Contest Mon, 27 May 2019
Selebriti Mon, 9 Oct 2023
error: Content is protected !!