Euforia Bola 2026
Events By: Aqilah Paharuzi June 15, 2022 @ 10:17pm

#WhazzupNetizen: Instagram Coach Kim Pan Gon Dibanjiri Komen Terima Kasih, Penyokong Bangladesh Minat Pasukan Selangor & Arif Aiman Digelar ‘The Unsung Hero’

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Coach Kim Pan-gon Dibanjiri Komen Rakyat Malaysia

Perlawanan sengit antara pasukan Harimau Malaya bersama Bangladesh pada Selasa menggembarkan rakyat Malaysia apabila berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan 4 -1.

Kemeriahan yang disambut penonton dan peminat bola sepak ibarat satu pesta baik di Stadium Nasional Bukit Jalil mahupun di rumah.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan Malaysia untuk munul dalam kejohanan Piala Asia 2023 setelah menantikan selama 43 tahun, yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, nama ketua jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon menjadi buah mulut netizen sehingga tular di serata media sosial.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menganggap kehadirannya pada awal tahun ini berjaya menciptakan kenangan manis serta membawa banyak perubahan dalam corak permainan pasukan negara.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang sempat berseloroh dengan berkata wajah Pan-Gon seiras dengan pelakon ‘villain’ sekuel Squid Game iaitu Heo Seung-Tae.

2. Penyokong Bangladesh Akui Peminat Tegar Pasukan Selangor

Kemenangan Malaysia yang berjaya melangkah kaki membawa pasukan Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 secara merit menumpaskan Bangladesh 4-1 pada Selasa semestinya menggembirakan seluruh rakyat jelata.

Bagaimanapun, tular sebuah video mengenai penyokong Bangladesh semasa ditemuramah meraih perhatian netizen yang tertumpu dengan pendedahannya.

Video yang dimuat naik menerusi akaun Twitter Harimau Malaya itu memaparkan individu berkenaan mengakui sering turun padang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan Selangor.

“Kalau tak ada game Bangladesh, saya support Malaysia.

“Saya selalu datang stadium support Selangor!’ katanya.

Rata-rata dalam kalangan netizen memuji karakter individu berkenaan yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu malah seakan mengalahkan remaja lain.

Netizen turut kagum dengan jawapan yang dikatakan sangat bijak tanpa menjatuhkan imej negaranya sendiri.

3. Arif Aiman Digelar ‘The Unsung Hero’

Perlawanan melibatkan Harimau Malaya dan Bangladesh pada Selasa sehingga kini masih menjadi perbualan hangat netizen lebih-lebih lagi setelah Malaysia berjaya mara ke Piala Asia 2023.

Malah, nama pemain Arif Aiman kekal ‘trending’ nombor satu yang terpahat di hati netizen apabila memberikan aksi unggul semasa perlawanan menentang Bangladesh.

Netizen turut menggelarkan Arif Aiman sebagai ‘The Unsung Hero’ atas skillnya yang dikatakan ‘another level’.

Dalam pada itu, netizen turut mengakui Arif Aiman adalah antara pemain yang bekerja keras untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan yang lain.

Kata mereka, Arif Aiman memberikan prestasi A+ atas sifat kerjasamanya yang dikatakan tip top sehingga layak diberikan anugerah ‘Man of The Match’.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!

Trending Tue, 22 Jan 2019

办年货「最佳打卡地点」陪家人又可以拍美照

时下超夯办年货的打卡景点!就连主播叶剑锋都拍得疯狂,你又怎能错过呢?

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

Isteri Dikesan Hamil Bayi Sindrom Edwards, Shah Iskandar Reda Terpaksa Gugurkan Kandungan

Shah Iskandar reda terpaksa gugurkan anak dalam kandungan hidap Sindrom Edwards

Featured Mon, 19 Sep 2022
Trending Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Tue, 3 Jul 2018

Filem Epik Yang Paling Dinanti Ramai! Ini 7 Trivia Menarik Tentang Filem Pulang

Penantian peminat seni filem tempatan terhadap filem arahan Kabir Bhatia, Pulang kini bakal terealisasi.

Hiburan Wed, 23 Jul 2025
error: Content is protected !!