Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 26, 2023 @ 5:34pm

“When They Think They Can Hurt You, But Your Mental Has Been Abused For Years” – Fatin Afeefa

Pelakon Fatin Afeefa telah berdepan dengan perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh bekas suaminya, Adam Shahz di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam , hari ini.

Susulan perkara tersebut, kes perbicaraan bagi menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka itu bakal dibawa ke sebuah tarikh baharu, pada 28 Februari ini selepas gagal mencapai kata sepakat.

Memetik laporan mStar, Adam berharap agar dirinya dapat diberikan peluang untuk melawat dan bertemu puteri kesayangannya itu sekiranya tidak berjaya mendapatkan hak penjagaan.

“Saya hanya mahu berjumpa anak. Kalau saya tak dapat hak penjagaan pun, saya mahu hak lawatan.

“Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu walaupun kami sudah bercerai tetapi kalau tengok situasi sekarang, saya perlu dapatkan hak saya,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Fatin kelihatan tenang memuat naik sebuah video di TikTok diiringi kapsyen yang menunjukkan dirinya tidak gentar untuk berdepan dengan sebarang cabaran.

“When they think they can hurt you, but your mental has been abused for years. You don’t even care anymore,” tulisnya.

@fatinafeefa8untouuuuchable 🤪

♬ original sound – aepotter

Menerusi hantaran tersebut, perkongsian tersebut turut mencuri perhatian ramai pengikutnya yang memberi sokongan kepadanya.

Malah, ada juga yang memuji kecantikan pelakon jelita itu mengenakan tudung sewaktu menghadiri proses perbicaraan.

Sebelum ini, Fatin berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, manakala menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin memiliki cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jan 2024

Kasihannya Adik…Baru Berusia 2 Tahun, Dah Kena Suntik Insulin 4 Kali Sehari Seumur Hidup Akibat Diabetes

Allahu…harap ibunya tabah dengan ujian ini, semoga adik Innara cepat sembuh 🤲🏻

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Tampil Dengan Lelah Mengalah, The Mirza Takut Tunggu Respon Pendengar

Nama The Mirza kini meniti di bibir pecinta muzik Indonesia. Siapa tahu pasangan kembar beradik ini berjaya menawan peminat tanah air pula kan?

Hiburan Fri, 15 Aug 2025
Featured Mon, 30 Sep 2024
Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Athira Yuhada Sedia Hadap Kritikan Netizen, Bahagia Kini Sah Jadi Isteri Hafidz Roshdi

Semoga Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada bahagia selamanya

error: Content is protected !!