Hiburan By: SGMS Faida August 29, 2018 @ 8:00pm

Wow! Barisan Penyanyi Popular Di Konsert Jelajah DYXY 2018

Lima selebriti terkenal tanah air bakal memeriahkan konsert jelajah DYXY 2018 di empat buah negeri termasuk Kedah, Kuala Terengganu, Johor Baharu dan Sabah.

Konsert mega ini membariskan artis seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice yang bakal membuat persembahan di sana.

Dalam pada itu, pelawak terkenal Didie Alias selaku hos pada konsert itu nanti dimaklumkan turut membuat persembahan bersama sebuah kumpulan.

Pelawak dan penyanyi Achey Bocey yang ditemui di majlis sidang media anjuran syarikat kosmetik DYXY di Aseana KLCC memberitahu dia berbesar hati dapat menyertai sebagai salah seorang artis yang bakal membuat persembahan.

“ Terima kasih kepada keluarga besar DYXY yang tidak lupakan saya dalam konsert siri jelajah tahun ini.

“ Saya juga doakan agar single Yang Terindah terus menjadi ‘darah’ dalam perniagaan DYXY dan terus maju,” katanya.

Difahamkan, single nyanyi Achey dijadikan sebagai lagu motivasi oleh agen dan stokis yang bernaung di bawah jenama ini.

Dalam masa sama, penyanyi rap terkenal Caprice meluahkan rasa gembira atas peluang berada di pentas konsert jelajah kali ini. Namun difahamkan dia hanya menyertai konsert di Kuala Terengganu dan Johor Baharu sahaja.

“ Saya bangga melihat jenama DYXY berjaya membantu belia terutama para pelajar yang berpeluang menjana wang dengan berniaga.

“ Bukan hanya pelajar, jenama ini juga membantu suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapat mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Saya juga tak sabar untuk berjumpa dengan pengunjung serta peminat di konsert itu nanti,” katanya ringkas.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang konsert jelajah DYXY 2018 itu nanti! Antaranya sesi make over bersama barisan jurusolek terkenal tanah air dan meet & greet bersama Instafamous popular tempatan.

8 September 2018 / Aman Sentral Mall, Kedah.

15 September 2018/ UTC Kuala Terengganu, Terengganu.

22 September 2018/ Angsana Mall, Johor Baharu.

29 September 2018/ Centre Point Kota Kinabalu, Sabah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 14 May 2018

Gandingan Hebat Siti Nurhaliza Dan Khai Bahar Dalam Cinta Syurga

Siti memilih penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang itu kerana,  Khai mempunyai vokal yang baik selain popularitinya yang semakin meningkat naik dikalangan peminat muzik tanah air.

Events Tue, 26 Mar 2019

Make Your Date Night a Very Special One This Weekend with Hannah Lo and Ash Nair

Sometimes, we need other people to help us get more intimate with ourselves.

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

LIYANA JASMAY TAUKE AYAM?

Tapi apa pula konsep makanan kat sini? Makanan yang berkonsepkan malay-Indo food ini semestinya dapat memenuhi selera rakyat Malaysia.

Hiburan Thu, 30 May 2019

Meriahkan Raya Korang Dengan Seleksi Lagu Raya Baharu Dari Artis Rocketfuel Entertainment!

Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid.

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Caprice Cari Pasal Dengan Anak Muda Kelantan

Suka cipta kontroversi, Caprice cari gaduh dengan anak muda Kelantan pula.