Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 2, 2023 @ 11:00am

[VIDEO] Dr Say Sebak Anak Sulung Berjaya Sebut Namanya & Isteri – “Kami Tak Pernah Ajar Dia Nama Penuh Kami”

Selebriti media sosial, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dikenali Dr Say sekali lagi menjadi perhatian di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dr Say memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan anak sulungnya iaitu Aezriel Muhammad Shazril atau dikenali sebagai Ace bersama guru sedang belajar bersama.

Video tersebut memaparkan Ace sedang menjawab pertanyaan yang disoal gurunya seperti ‘siapakah nama ibu dan bapa kamu?’.

Dengan yakin sekali, Ace menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik dan tepat sekali.

Ternyata, Dr Say berasa kagum melihat anaknya itu berjaya menyebut namanya dan isteri sekali gus membuatkan Dr Say berasa sebak kerana dia dan isteri tak pernah mengajar anaknya itu menyebut namanya sebelum ini.

“Anak Syurgaku sebut namaku. Terduduk saya dan isteri bila dia sebut nama kami tadi sebab kami tak pernah ajar dia nama penuh kami.

“Tak pernah saya ajar dia nama saya sebab nama saya ‘complicated’. Selama ini panggil daddy saja.

“Selalu kami gelarkan diri kami daddy & mommy saja, jadi bila dia sebut Sazril & Azura, auto berjurai kami peeps.

“What an achievement my son! Thank You Allah, Thank You school, Thank You everyone yang sentiasa mendoakan kemajuan Ace,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut nyata memberi kesan kepada semua yang menonton video itu yang rata-ratanya turut sebak melihat perkembangan Ace yang baik.

Untuk info, pada 2021, doktor mengesahkan anak sulung Dr Say, Aezriel atau panggilan manjanya Ace menghidap autisme tahap sederhana.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say Sayu Anak Sulung Terima Kad OKU – “Nak Kata Saya Malu, Sikit Pun Tak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Featured Mon, 2 Mar 2026

“Demi Allah! Saya Tidak Pekik” – Betty Rahmad Perjelas Situasi, Label Kenyataan Individu Berbaur Fitnah 

Menurut Betty, kejadian yang disalah tafsir itu berlaku ketika dia berada di sebuah booth bersama dua rakannya untuk membeli-belah.

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Featured Fri, 18 Apr 2025

“Mohon Jaga Batas, Saya Akan Selesaikan Isu Rumah Tangga Secara Peribadi”- Marissa Dania Hakim

Kata Marissa, dia sendiri terkejut melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh  ibu, suami dan beberapa pihak lain.

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Wow! Makin panas ek netizen siap lancar petisyen tu🔥🔥🔥

Hiburan Mon, 30 May 2022

“Saya Mahu Dia Dianggap Sebagai Seseorang Yang Saya Hargai” – MK K-Clique Masih Belum Berkahwin

MK mengaku belum berkahwin namun mempunyai seseorang yang dia hargai didalam hidupnya.

error: Content is protected !!