Categories: HiburanSelebriti

WOW! Diva AA Jadi Tumpuan Di Hari Penamaan Calon

SAH! Selebriti kontroversi Azwan Ali bakal bertanding dalam pertembungan lima penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Selebriti berusia 52 tahun itu bertanding sebagai calon Bebas bakal menentang penyandang kerusi tersebut yang juga abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Pengumuman penamaan calon itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya Ampang, Abd. Hamid Hussain di Dewan Dato Ahmad Razali di sini pada pukul 10.15 pagi tadi. 

Azwan bakal bertanding sebagai calon bebas menggunakan logo gajah.

Sebelum ini, Azwan dilaporkan akan memperjuangkan manifestonya berkonsepkan #Rakyat Nombor Satu pada PRU-14 dengan memfokuskan untuk memberi kesenangan dan pelbagai kemudahan kepada rakyat.

Untuk pengetahuan semua, Azwan memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991. Namun, Azwan lebih meminati dengan dunia penyiaran.

SGMS Faida