Wow…Isteri Dedah Sikap Sebenar Alif Satar Di Rumah!

Isteri kepada penyanyi Alif Satar, Shadila Halid mendedahkan suaminya seorang lelaki yang cukup sempurna di matanya.

Menurut Shadila, suaminya seorang yang tidak pernah berkira dalam membantu melakukan kerja rumah termasuklah menjaga anak-anak.

“Dia suami sempurna. Sepanjang kami berkahwin, dia rajin ke dapur. Antara menu kegemarannya adalah kari kambing.

“Biasanya dia yang akan turun ke dapur untuk memasak. Kalau di luar pula, Alif suka menikmati hidangan nasi kandar,”katanya ketika ditemubual oleh Geng Pagi Hot, hari ini. 

Shadila yang bakal melahirkan anak ketiga Oktober ini meluahkan rasa syukur dikurniakan Alif sebagai suami yang disifatkan sangat tenang.

“Dia tidak cepat merajuk, tenang orangnya…bagi saya dia perfect,”jawabnya ketika disoal mengenai sikap Alif ketika berada di rumah. 

Alif dan Shadila yang berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Semoga terus bahagia hingga ke syurga Alif & Shadila! 

SGMS Faida