Wow…Peminat Kecil Ajak Alif Satar Kahwin!

Fuh, nampaknya penyanyi Alif Satar bukan sahaja diminati oleh peminat wanita dewasa, malah kanak-kanak juga.

Lebih mengejutkan apabila penyanyi ini ‘dilamar’ oleh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menerusi surat.

“ Surat cinta. Hello, Alif Satar. Saya cintakan awak, awak pelakon. Saya nak kahwin dengan awak, Alif Satar,” tulisnya.

Surat cinta yang ditulis oleh kanak-kanak bernama Humaira ini menarik perhatian netizen apabila dimuatnaik oleh Alif di Instastorynya. 

Difahamkan, bapa Humaira sendiri datang menyerahkan kepada Alif ketika berada di sebuah masjid untuk solat Jumaat.

Amboi dik…seronok yer awak, heh heh

SGMS Faida