Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2022 @ 12:00am

Yana kini Tampil Dengan I Need U, Lagu Dedikasi Buat Insan Teristimewa

Nama Shalma Eliana atau Yana bukan lagi baharu dalam industri muzik tempatan. Selepas kemunculan lagu pertamanya berjudul, Your Loss yang dilancarkan pada 26 November 2021 kini Yana tampil semula dengan lagu terbaharunya berjudul I Need You.

I Need U adalah sebuah karya berbahasa Inggeris yang ditulis sendiri oleh gadis berusia 22 ini ketika berada di satu tahap yang paling rendah dalam kehidupannya.

“Lagu ini muncul di kala saya berada di satu tahap yang paling rendah dalam kehidupan dan teman-teman sayalah yang membantu saya untuk melalui fasa tersebut. Itu membuat saya sedar betapa pentingnya kehadiran serta sokongan rakan-rakan ketika itu dalam membantu saya untuk bangkit semula,” katanya.

Menurut Yana, lagu ini menjelaskan tentang kepentingan sistem sokongan dalam kehidupan dan mahu setiap orang sedar bahawa hidup kehidupan ini sebenarnya penuh nikmat walaupun ada cabarannya.

Untuk makluman, I need u akan mula berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 25 Mac 2022 ini, manakala video liriknya juga akan ditayangkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada hari yang sama.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Aeril Zafril Boleh Jadi Contoh Calon Suami Yang Baik

Zaman sekarang, perempuan memang suka ambik suami orang kan?

Events Fri, 1 Nov 2019

Mnet MAMA 2019 Umum Barisan Artis Yang Bakal Membuat Persembahan Pada Tahun Ini!

Wow, tak sabar nak tengok siapa yang bakal menyandang kategori Artist Of The Year tahun ni!

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Dalam Diam Ebby Yus Rupanya Dah Kahwin?

Gara-gara foto ‘perkahwinan’ itu juga, Ebby dicemuh segelintir warganet kerana memilih gadis jauh lebih muda sebagai pasangan hidup.

Hiburan Mon, 6 Apr 2020
Featured Sat, 15 Apr 2023
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Neelofa Menginap Villa Bawah Laut Semalam RM200k di Maldives

Pernah terfikir menginap di villa yang berharga lebih kurang RM 200k semalam ditemani dengan hidupan laut yang ada