“Yang Berdosa Itu Saya & Yang Enak Juga Saya” – Nikita Mirzani Mengaku Berzina Tapi Tak Tinggal Solat Subuh

Baru-baru ini, pelakon Nikita Mirzani tanpa segan silu mengaku kerap melakukan hubungan bersama teman lelakinya, Antonio Dedola, namun memaklumkan dia sama sekali tidak pernah meninggalkan solat subuh.

Menyedari kenyataan yang dikeluarkannya itu mengundang pelbagai kecaman, aktres itu bagaimanpaun enggan mengendahkan pendapat orang ramai di luar sana mengenai dirinya.

 

Bahkan, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memberitahu, seusai melakukan ‘hubungan’ dia akan melakukan mandi wajib untuk menunaikan solat.

“Sekitar pukul 5.30 pagi, saya akan bangun solat Subuh. Kalau sudah berzina haruslah mandi wajib dahulu.

“Jadi kenapa? Yang berdosa itu kan saya, dan yang enak juga saya,” katanya.

 

Pelakon filem Jakarta Undercover itu berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan menerusi siri podcast Dua Gacor yang diadakan pada 12 Januari lalu.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan Instagram miliknya, Nikita dilihat beraksi agak berani apabila memuat naik foto seksi miliknya.

 

Salma Syahbuddin