Yuna Jawab Soalan ‘Bila Nak Ada Anak?’

Penyanyi Yuna mengakui tidak merancang untuk mendapatkan anak tetapi menyerahkan rezeki kepada Allah SWT.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zara’ai yang kini menetap di Amerika Syarikat memberitahu mahukan anak tanpa paksaan. 

“ Hampir setahun kahwin, kami berserah kepada Allah SWT. Saya dan suami senang menghabiskan masa bersama dan fokus dengan pekerjaan masing-masing.

“ Kita berserah kepada Allah, kalau ada…adalah,” katanya kepada media ketika di majlis pelancaran kolaborasinya bersama pereka terkenal, Christy Ng.

Buat masa ini, Yuna dan suaminya, Adam menjalani perkahwinan jarak jauh dan berulang alik Malaysia- Amerika Syarikat.

Yuna berkahwin dengan pengarah video, Adam Yousof Sinclair, 33 di Bentong, Pahang, pada 26 Januari lalu.

SGMS Faida