‘Haji Bakhil’, ‘Tahi Hidung Masin’ dan ‘Tangkai Jering’, kesemua gelaran atau istilah ini mengkhusus kepada sikap kedekut tahap dewa golongan hartawan dan jutawan, yang terlalu berkira untuk membelanjakan wang mereka.
Walhal dengan kekayaan yang dimiliki, mereka bisa mendapatkan apa saja di dunia, jet peribadi, rumah agam, pakaian berjenama, kereta mewah, aset hartanah waima pulau persendirian! Pokoknya apa saja, apa saja yang dihajatkan!
Tetapi pendedahan yang dibuat oleh web portal Business Insider pada 2016 ini membuktikan golongan orang kaya elit ini hidup dalam gaya hidup berjimat yang cukup menghairankan kita. Mungkin inilah jawapan kenapa mereka boleh menjadi kaya-raya!
Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas Facebook memilih untuk berpakaian ringkas. Contohnya, pakaian selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg ialah sehelai jeans dan t-shirt rona kelabu. Dia juga hanya memandu kereta bernilai £20,000.
(Jumlah kekayaan £30.4 billion)
Warren Buffet, antara pelabur paling berjaya di dunia. Dia sangat terkenal dengan kesederhanaan. Masih tinggal di rumah yang dibeli 50 tahun dahulu di Omaha, Nebraska yang bernilai £21000 walaupun mempunyai hartanah lain.
(Jumlah kekayaan £41.8 billion)
Azim Premiji, dikenali sebagai Csar Indian IT Industry. Suka melancong dengan bajet yang sedikit dan berjimat. Contohnya tidak menghuni hotel 5 bintang ketika sedang bercuti. Menggunakan pinggan kertas ketika majlis perkahwinan anaknya.
(Jumlah kekayaan £10.1 billion)
Ingvar Kamprad, selain selalu memarahi orang lain yang tidak menggunakan kedua-dua belah kertas. Selalu makan meatball di kedai Ikea miliknya, juga untuk mengelakkan mengambil garam dan lada sachet bila makan.
(Jumlah kekayaan £2.3 billion)
Michael Bloomberg, bekas Datuk Bandar New York ini menjadi tajuk bualan utama setelah mengesahkan yang dia hanya memiliki 2 pasang kasut kerja sahaja sejak sedekad lalu. Hanya menukar tapak sahaja. Kedekut betul!
(Jumlah kekayaan £238 juta)
Jay Leno, pelawak, pelakon dan selebriti TV terkenal di Amerika. Semasa zaman muda, dia membuat dua kerja. Bekerja di kedai menjual kereta dan gerai makanan segera.
Dia membelanjakan satu daripada gaji dan menyimpan satu lagi gaji. Sehingga kini dia melakukan dua kerja iaitu sebagai selebriti TV dan stand-up comedy.
(Jumlah kekayaan £238 juta)
T. Boone Pickens, pengerusi BP Capital. Hanya membeli barangan keperluan runcit yang terdapat dalam senarainya sahaja. Dia juga meletakkan bajet yang tetap untuk mengelakkan membeli keperluan yang tidak diperlukan.
(Jumlah kekayaan £1 billion)
Elon Musk, pengasas Space X dan juga kereta elektrik, Tesla. Sebelum Musk menjadi seorang jutawan, Musk cuba untuk hidup dengan 1 dollar sehari untuk menilai adakah dia mampu untuk hidup dengan 1 dollar tanpa makan gaji dan fokus pada impiannya. Ia ternyata berbaloi.
(Jumlah kekayaan £8.6 billion)
Seseorang yang pernah membeli-belah bersama dengan mendiang Steve Job menceritakan Job memilih untuk kesejukan daripada membeli baju sejuk yang baru. Ini kerana dia merasakan yang dia belum perlu menggunakan baju sejuk sepenuhnya sehingga memerlukan dia beli yang baru.
(Jumlah kekayaan £4.6 billion)
Sumber: The Vocket
AllahuAkbar! Semoga cepat sembuh Saif
Mek Nab Kecek Kelate
Sedap gak versi ni
Korang ni pun... lepas satu-satu. Cuba bawa bertenang!🤧
Alahai, Leona ni makin hari makin random, makin kelakar kan?👀