Yuna Muncul Dengan Single Baru “Forevermore”, Eksklusif Di E! News

Setelah agak lama menyepi daripada mengeluarkan muzik terbaru, penyanyi yang semakin menempa nama di persada antarabangsa, Yuna Zarai tampil dengan single terbaru beliau berjudul Forevermore.

“Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan saya percaya kepada pasaran muzik Inggeris yang saya tampilkan. Saya ingin melihat sejauh mana saya boleh membawa muzik di LA”, ulas penyanyi ini apabila ditanya mengenai genre muziknya. 

“Kami membuat penggambaran di Kuala Lumpur dan Perlis. Saya sangat teruja pulang ke tanah air dan  membawa penonton melihat kampung halaman tempat saya dibesarkan”, komen Yuna mengenai lokasi penggambaran muzik video terbarunya itu. 

“Menerusi Forevermore, ia memberi suatu gambaran dan pengalaman kepada penonton. Sekiranya saya mengeluarkan “Forevermore” tanpa menghasilkan muzik video, saya percaya lagu tersebut tetap akan diterima tetapi ia tidak membawa sebarang gambaran pengalaman buat peminat”, ulasnya lagi. 

Walaupun Forevermore merupakan lagu berbahasa Inggeris namun muzik videonya masih  menerima  pujian daripada peminat kerana elemen budaya dan masyarakat tempatan Melayu yang ditampilkan dalam klip tersebut. 

Muzik video itu diarahkan oleh suaminya sendiri, Adam Sinclair. “Forevermore” kini trending di carta 15 di Youtube dan mencatat hampir 1 juta lebih penonton sejak dikeluarkan 4 April lalu.

Saksikan video penuh temubual Yuna di majlis pelancaran Forevermore, ekslusif di Youtube TV3MALAYSIA Official dan E! News Malaysia. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”