Categories: HiburanOMGSelebriti

Yuna, Suga BTS Dan Epic High Disatukan Dalam Sleepless In

Selepas kejayaan beliau menjadi rakan duet penyanyi Usher menerusi lagu Crush, kali ini Yuna sekali lagi bakal berkolaborasi bersama Kumpulan Hip Hop terkenal Korea, Epic High.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh ahli kumpulan Epic High, Tablo menerusi akaun instagram miliknya.

Selain Yuna, Epic High juga bakal berkolaborasi bersama Suga (BTS), Crush dan Sunwoo Jung-a  dan Code Kunst. Album yang diberi tajuk Sleepless In _____.
Epic High yang dianggotai oleh Tablo, DJ Tukutz, dan Mithra Jin ini juga pernah bekerjasama dengan artis ternama seperti Lee Hi, Sekai no Owari dan UI.
Wah! Pastinya album Epic High ini antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat Yuna, Suga, Sunwoo dan Code Kunst.
Apapun, tahniah Yuna!
Salma Syahbuddin