Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Pelakon veteran, Zaidi Omar mendedahkan amalan tidak makan gula dan kerap minum air kosong membantu dirinya untuk kekal sihat dan bertenaga di usia 64 tahun.

Memetik laporan Utusan, dia amat menitikberat soal pemakanan dan tidak minum air manis sejak dahulu lagi.

ā€œDi rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong.

ā€œSaya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis,ā€ katanya.

Selain itu, pelakon ini mementingkan tidur yang cukup dan jarang keluar malam untuk berjumpa kawan.

ā€œKalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,ā€ ujarnya.

Tambahnya, dia juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari untuk kekal sihat dan aktif.

Sumber: Utusan

Maya Basir